Sumber Gambar: Terengganu FC

Terengganu FC mahukan tiga mata penuh apabila mereka memulakan saingan Piala Malaysia edisi kali ini dengan menentang pasukan Kuala Lumpur di Stadium KLFA malam ini.

Terengganu FC terlepas untuk beraksi di peringkat Asia musim hadapan apabila mereka tewas kepada Selangor pada perlawanan terakhir Liga sekaligus gagal untuk memintas pasukan Perak yang berada di tangga kedua.

Setelah gagal untuk beraksi di peringkat Asia, anak-anak buah Irfan Bakti sudah pasti mahu menjadikan Piala Malaysia sebagai pengubat kekecewaan. Dan sudah tentu Terengganu FC mahukan tiga mata penuh dalam perlawanan pembukaan kumpulan A.

Bagi pasukan Kuala Lumpur pula, mereka mahu melupakan kekecewaan dalam saingan Liga Super dimana mereka menamatkan saingan di tangga kesepuluh dengan menampilkan aksi terbaik dalam saingan Piala Malaysia.

Menurut laporan Berita Harian, Terengganu FC mahukan tiga mata penuh apabila mereka memulakan saingan Piala Malaysia edisi kali ini dengan menentang pasukan Kuala Lumpur di Stadium KLFA malam ini.

Menurut laporan Berita Harian, pemain pertahanan The City Boys, Azmeer Yusof mahu memastikan pasukan beliau memberikan cabaran dalam saingan kali ini kerana musim 2018 merupakan musim terakhir Azmeer menyarung jersi Kuala Lumpur.

“Saya ingin berterima kasih kepada jurulatih kerana masih mempercayai saya untuk menggantikan tempat Syazwan. Perasaan saya teruja dan sedikit bimbang kerana sudah lama tidak beraksi.

“Musim ini, saya hanya diturunkan sebanyak lima kali saja dalam kesebelasan utama dan dua kali sebagai pemain gantian. Sudah tentu saya sedikit kekok apabila kembali diberikan peluang.

“Bagaimanapun saya akan cuba memberikan yang terbaik bagi membalas kepercayaan jurulatih. Apatah lagi, ini musim terakhir bersama Kuala Lumpur kerana saya berhasrat berpindah ke pasukan lain musim depan,” dedah pertahanan kiri itu.

Apa yang pasti, kedua-dua pasukan akan menampilkan corak permainan terbaik mereka bagi memastikan tiga mata penuh diraih dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan.

Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan Kuala Lumpur menentang Terengganu FC di Stadium KLFA malam ini? Pasukan manakah yang akan meraih kemenangan pada perlawanan pertama peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia 2018?

Baca Juga: Pemain Import Asean Yang Beraksi Dengan Baik Dalam Saingan Liga Super musim ini

Leave a Reply