Sumber Gambar: Terbakor

Bendahari Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin meminta penyokong setia pasukan Perak untuk memberi peluang kepada pengurusan baru PAFA bagi meneruskan kecemerlangan bola sepak negeri. Katanya kepada Sinar Harian.

Datuk Zainol menambah sebarang perubahan dalam pengurusan Pafa khususnya bagi ahli majlis adalah hak presiden yang baharu untuk membuat lantikan.

“Berhubung isu pelantikan Setiausaha Kehormat Pafa, perlu difahami bahawa lantikan beliau sebelum ini dibuat oleh presiden terdahulu.

“Saya juga pernah lakukan pelantikan-pelantikan baharu pegawai Pafa. Ketika itu berapa ramai yang ditamatkan perkhidmatan selepas saya tidak lagi memimpin Pafa dan presiden baharu juga melakukan perkara yang sama. Ini perkara biasa dalam berpersatuan.

“Cuma bagi mereka yang ‘buta berpersatuan’ sahaja yang cuba menarik simpati luar untuk cuba membuat perkara yang tak wajar. Tak ada isu besar pun, tapi sengaja diprovokasikan,”

Tambah Datuk Zainol, tiada apa yang boleh dilakukan oleh PAFA mengenai komen peminat yang mahukan Mehmet Durakovic digantikan. Datuk Zainol mahukan pencapaian menduduki tangga kedua dalam saingan Liga Super musim ini diberi perhatian oleh peminat.

“Namun, apa yang penting, peminat kena memberi kepercayaan kepada Presiden Pafa yang baharu dan terus menyokong pasukan, khususnya dalam kempen saingan Piala Malaysia,”

Akhir sekali, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berpendapat pelantikan beliau sebagai Bendahari Kehormat PAFA adalah kerana pengalaman yang beliau miliki sepanjang berkhidmat bersama PAFA sebelum ini.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Zainol ini berikutan reaksi peminat yang mempersoalkan beberapa keputusan yang diambil oleh pengurusan PAFA yang dianggap merugikan pasukan. Yang paling mengundan rasa tidak puas hati peminat ialah pengguguran Ahmad Shahrul Azhar sebagai pengurus pasukan.

Apa yang pasti, PAFA perlu segera memikat hati peminat setia pasukan Perak jika mahu mendapat sokongan daripada mereka. Jika mereka gagal untuk mendapat sokongan daripada peminat, maka pasukan yang bakal menerima tempiasnya.

Apa pendapat anda mengenai kenyataan Datuk Zainol Fadzi yang mahukan peminat memberikan sokongan kepada pengurusan baharu PAFA ? Apa yang perlu dilakukan oleh pengurusan baru agar mendapat sokongan daripada peminat ?

Baca Juga: “Shahrul Azhar Enggan Ikut Arahan” PAFA

Leave a Reply