Sumber Gambar: MFL

Pasukan dari saingan Liga Perdana tidak henti-henti mencipta kejutan dalam saingan Piala Malaysia edisi 2018. Kali ini, MISC-Mifa berjaya menewaskan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim dengan keputusn 2-1 semalam. Yang lebih manis, pasukan bimbingan K.Devan ini menewaskan JDT di Fortress mereka iaitu Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos.

Sebelum perlawanan bermula, JDT menjadi pilihan untuk mengutip tiga mata penuh kerana status juara bertahan serta kualiti pemain yang dimiliki oleh mereka. Namun, kecekalan pemain Mifa menindakkan pasukan bimbingan Raul Longhi ini untuk mengutip tiga mata penuh.

JDT nyata menguasai keseluruhan perlawanan. Akan tetapi, ketangkasan penjaga gol Mifa, Muhaimin Mohamad berjaya menafikan beberapa percubaan berbahaya tuan rumah. Muhaimin berjaya menafikan percubaan Hazwan Bakri pada minit-minit awal permainan.

Sedang asyik menyerang, JDT kemudiannya dikejutkan apabila gerakan serangan balas Mifa berjaya menghasilkan gol menerusi Kpah Sherman. Setelah Mifa membuka tirai jaringan, barisan pemain JDT menggandakan usaha untuk mencari gol penyamaan namun dikecewakan oleh ketangkasan Muhaimin. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 1-0.

JDT akhirnya memperoleh gol penyamaan menerusi sepakan penalti Fernando Marquez pada minit ke-70 setelah bola terkena tangan pemain pertahanan Mifa di dalam kotak penalti. Berselang 10 minit kemudian, Mifa kembali di hadapann setelah Bae Beom Geun berjaya menyempurnakan hantaran L’Imam Seydi.

Kejayaan Mifa menewaskan JDT di Fortress mereka ini menjadikan Mifa pasukan kedua setelah Pahang yang berjaya menewaskan JDT di Larkin. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana Mifa beraksi dalam saingan Piala Malaysia yang pertama dalam sejarah kelab mereka.

JDT akan menentang pasukan Kedah pada perlawanan seterusnya manakala Mifa akan menentang pasukan Kelantan. Jika Mifa berjaya mencatat kemenangan kedua, maka mereka mempunyai peluang cerah untuk mara ke peringkat suku akhir. Bagi JDT dan Kedah pula, mereka perlu mencatat kemenangan bagi meredekan sedikit tekanan yang dihadapi.

Apa pendapat anda mengenai kemenangan MISC-Mifa di kubu pasukan Johor Darul Ta’zim semalam ? Adakah Larkin bukan lagi Fortress bagi pasukan JDT ?

Baca Juga: JDT Mampu Mendominasi Kumpulan C

Leave a Reply