Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon menyatakan ada 4 jurulatih yang berpotensi untuk dilantik sebagai ketua jurulatih Selangor yang baru. Beliau berkata senarai calon berkenaan melibatkan jurulatih tempatan dan asing.

Di sini, kami menyenaraikan 4 jurulatih yang boleh dipertimbangkan oleh FAS untuk dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan yang baru.

1. Thomas Dooley

Sumber Gambar: Fox Sport Asia

Kontrak ketua jurulatih pasukan kebangsaan Filipina ini akan akan tamat setelah temasya Piala Asia pada awal tahun hadapan. Menurut seorang ejen tempatan yang memberitahu kami, Dooley pernah hadir menyaksikan perlawanan Selangor Stadium KLFA dan beliau mampu untuk menghadirkan pemain berkualiti jika diberi mandat.

2. Simon McMenemy

Sumber Gambar: FourFourTwo

Simon berjaya membimbing Bhayangkara FC memenangi saingan Liga 1 Indonesia musim lalu. Simon berjaya membentuk satu gandingan mantap antara pemain muda dan pemain senior.

Kebolehan yang dimiliki oleh Simon ini dilihat sesuai dengan falsafah bola sepak Selangor yang menerapkan penggunaan pemain muda.

3. Abu Bakar Fadzim

Sumber Gambar: NSTP/EFFENDY RASHID

Kredibiliti Abu Bakar Fadzim sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. Lihat saja bagaimana beliau membimbing pasukan yang dibarisi dengan pemain muda iaitu PKNP FC dengan jayanya dalam saingan Piala FA dan juga saingan Liga Super.

Keupayaan Coach Burn menggabungkan pemain muda dan juga pemain berpengalaman dilihat mampu untuk menjulang pasukan Selangor.

4. Datuk K.Rajagopal

Sumber Gambar: PKNS FC

Datuk K.Rajagopal merupakan legenda pasukan Selangor setelah beliau pernah mewakili Red Giants sewaktu bergelar pemain dan juga pernah menjadi ketua jurulatih pasukan pada 1999 hingga 2000.

Sama seperti Abu Bakar Fadzim, Datuk K.Rajagopal juga mempunyai keupayaan untuk mencampurkan pemain muda dan pemain berpengalaman dalam kesebelasan utama. Nama Coach Raja sememangnya harus diberikan perhatian oleh FAS.

Itulah dia 4 jurulatih yang menurut kami wajar untuk dipertimbangkan oleh FAS bagi menjadi ketua jurulatih Selangor yang baharu. Keempat-empat jurulatih ini mempunyai aura serta kemampuan tersendiri yang mampu untuk menghadirkan kejayaan buat pasukan Selangor.

Apa pendapat anda mengenai 4 jurulatih yang kami pilih untuk dipertimbangkan oleh FAS ? Jurulatih manakah yang sesuai dengan pasukan Selangor ?

Baca Juga: Ubi PKNP Mudah Jinakkan Ubi Selangor

Leave a Reply