Sumber Gambar: FAM

Pasukan bawah 23 tahun negara tewas tipis kepada pasukan China bawah 23 tahun pada satu perlawanan persahabatan yang diadakan pada Ahad lalu. Dalam perlawanan tersebut, Datuk Ong Kim Swee seolah-olah sudah mempunyai bayangan tentang kesebelasan utama yang bakal digunakan oleh beliau.

Pada perlawanan menentang China bawah23 tahun, Datuk Ong menurunkan Haziq Nadzli bagi mengisi posisi penjaga gol manakala Dominic Tan, Irfan Zakaria dan Ada Nor Azlin diturunan bagi mengisi posisi pertahanan. Meskipun melepaskan dua gol, namun ketiga-tiga pemain ini menampilkan aksi yang baik.

Di posisi wing back pula, Datuk Ong menurunkan Rizal Ghazali dan Syazwan Andik bagi mengisi posisi tersebut. Rizal dan Syazwan mengapit dua pemain tengah iaitu Baddrol Bakhtiar dan Nik Akif Syahiran.

Meskipun baru digandingkan, namun Baddrol dan Nik Akif berjaya membentuk satu gandingan yang baik. Baddrol juga berjaya menyumbangkan satu assist kepada gol Akhyar Rashid pada perlawanan tersebut.

Seterusnya, posisi di bahagian serangan diisi oleh Safawi Rasid, Syafiq Ahmad dan Akhyar Rashid. Trio serangan ini berjaya menghadirkan ancaman kepada kubu pertahanan pasukan lawan terutamanya pada 30 minit pertama perlawanan.

Kami berpendapat Datuk Ong memberikan bayangan kepada para peminat tentang kesebelasan utama yang bakal beliau gunakan pada temasya Sukan Asia 2018 nanti. Jika dilihat daripada perlawanan menentang China, kesebelasan ini mampu untuk memberikan saingan kepada pasukan lain dalam kumpulan E.

Bakcup plan Datuk Ong nampaknya menjadi dan beliau kini tidak perlu risau dengan ketiadaan beberapa pemain penting seperti Nor Azam Azih dan Matthew Davies. Dengan sedikit penambahbaikan, pasukan negara sudah sedia untuk memulakan saingan dan memberikan cabaran.

Apa pendapat anda mengenai kesebelasan utama yang diturunkan oleh Datuk Ong Kim Swee ketika Malaysia bawah 23 tahun menentang pasukan China bawah 23 tahun pada Ahad lalu ? Adakah kesebelasan tersebut sudah cukup bagus untuk memberikan saingan kepada pasukan lain dalam kumpuan E ?

Atau Datuk Ong perlu membuat sedikit perubahan bagi memantapkan lagi kesebelasan utama Malaysia ?

Baca Juga: Enam Hari Paling Bermakna Buat Hadi Fayyadh

Leave a Reply