Sumber Gambar: Terengganu FC

Penyerang utama Terengganu FC II (TFC II), Bruno Suzuki menyeru rakan sepasukanya untuk memberikan persembahan terbaik menjelang aksi pembukaan Piala Cabaran menentang bekas pasukannya, Negeri Sembilan. Mengulas di Stadium Astro, Bruno tetap melaungkan keyakinan terhadap pasukannya mampu memberikan saingan walaupun berdepan lawan yang sukar.

Beliau menambah “kedukaan yang dialami oleh TFC II dalam saingan liga perlu ditebus dan pasukan ini masih berpeluang untuk mara ke pentas akhir malah beliau cukup yakin penolong Jurulatih TFC II, Tengku Hazman Raja Hassan akan membuat percaturan terbaik untuk menghasilkan keputusan yang positif”.

Mengulas mengenai Tengku Hazman Raja Hassan, beliau menyatakan bekas ketua pasukan kebangsaan itu sentiasa memberikan idea baru ke dalam pasukan dan pengalaman luas yang ada pada bekas pemain itu menjadi sandaran kepada pasukan.

Pengalaman pernah bermain bersama pasukan Negeri Sembilan pastinya akan memberikan kelebihan kepada pemain kacukan Brazil-Jepun dan TFC II untuk merobek gawang lawan. Kumpulan A menampilkan UKM FC, Sawarak, TFC II dan Negeri Sembilan yang akan membuka kempen Piala Cabaran bermula 7 Ogos 2018 hingga 13 Oktober 2018.

Nota: Artikel ini ditulis oleh Saudara Emeir Haiqal. Jika anda mempunyai artikel mengenai bola sepak yang mahu dikongskan, hubungi kami menerusi laman media sosial kami.

Baca Juga: Terengganu FC II Satu Kegagalan

Leave a Reply