Sumber Gambar: The Malaysian Insight

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan enggan tunduk kepada desakan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai presiden persatuan.

Menurut Berita Harian, desakan yang dibuat individu tertentu timbul setelah pengurusan di bawah naungan belau berjaya melangsaikan hutang yang ditinggalkan oleh pengurusan lama.

“Saya ada dengar mengenai desakan dan gesaan ini disengajakan oleh individu tertentu dan mereka cuba untuk mempengaruhi Persatuan Bolasepak Jajahan (PBJ) supaya mendesak KAFA untuk membuat Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).

“Mereka mendakwa kepemimpinan baharu ini tidak berjaya dalam membentuk pasukan. Kalau dilihat semula musim ini memang diakui pretasi pasukan tidak memuaskan tetapi musim ini juga memperlihatkan KAFA sudah berjaya menyelesaikan beberapa isu hutang pemain sehingga kita berjaya melengkapkan lesen pendaftaran pasukan untuk musim hadapan.

“Jadi apa lagi yang mereka tidak berpuas hati? Sebab itu saya rasa gesaan ini tidak berasas dan hanya berniat tidak baik. Bagaimanapun saya tetap akan adakan pertemuan dengan semua PBJ dalam masa terdekat ini untuk memperincikan kesemuanya kepada mereka mengenai masalah yang berlaku dalam badan induk itu,” katanya.

Semalam, bekas presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa menyeru mana-mana pihak agar meletak jawatan sekiranya tidak mampu untuk menguruskan pasukan. Selain Tan Sri Annuar, bekas penaja TRW, Datuk Seri Vida turut menyuarakan nada yang sama sebelum ini.

Bibi kemudiannya mendedahkan kelemahan pengurusan terdahulu dimana mereka menghadapi kekangan kewangan serta bebanan hutang yang mana diantaranya tidak diselesaikan barisan kepemimpinan terdahulu.

Selain itu, Bibi turut mendedahkan ada beberapa penaja daripada musim sebelumnya yang gagal untuk melunaskan baki tajaan mereka dan hanya meletakkan nama mereka di jersi pasukan sahaja. Bibi mengkritik pengurusan terdahulu kerana gagal untuk menyelesaikan perkara ini.

Apa yang pasti, KAFA harus berterima kasih kepada Bibi Ramjani Ilias Khan kerana usahawan ini telah sudi untuk membantu persatuan melunaskan hutang lapuk yang ditinggalkan oleh pengurusan terdahulu.

Tanpa Bibi Ramjani, mungkin KAFA ketika ini masih lagi bergelut untuk melunaskan hutang dan berkemungkinan dijatuhkan hukuman yang berat oleh FAM dan juga MFL.

Apa pendapat anda mengenai kenyataan Bibi Ramjani yang enggan tunduk kepada sebarang desakan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai presiden persatuan ? Adakah anda bersetuju dengan Bibi ?

Baca Juga: Kelantan Sedia Membuat Kejutan

Leave a Reply