Sumber Gambar: AFF

Kejayaan pasukan bawah 16 tahun negara menewaskan pasukan Laos bawah 16 tahun semalam melayakkan mereka ke peringkat separuh akhir temasya AFF Bawah 16 Tahun dan akan menentang pasukan tuan rumah, Indonesia. Di sini, aspek keselamatan perlu dipertingkatkan oleh tuan rumah agar insiden tidak diingini berlaku.

Sebelum ini, pasukan bawah 16 tahun negara menerima layanan buruk daripada penyokong tuan rumah kerana isu penggunaan bendera terbalik oleh salah seorang pemain negara, Amirul Ashrafiq dalam “insta story” beliau.

Ketika Malaysia menentang Thailand, penyokong tuan rumah melaungkan chant “Malaysia anj*ng” dan “Amirul itu anj*ng”. Tindakan kurang bermoral penyokong tuan rumah ini telah menyebabkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan dengan menghantar aduan kepada AFF dan AFC.

Ribuan penyokong tuan rumah sudah pasti akan membanjiri stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka. Berdasarkan perlawanan yang melibatkan kedua-dua negara sebelum ini, insiden yang melibatkan penyokong pasti berlaku.

Untuk menjaga keselamatan para pemain negara, tuan rumah perlu memberikan perlindungan yang maksimum bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) harus mengingatkan penyokong mereka agar menjaga sikap dan tidak membuat onar semasa perlawanan berlangsung.

Untuk para pemain pasukan bawah 16 tahun negara, pedulikan segala tomahan serta cacian yang akan dilemparkan oleh penyokong tuan rumah pada perlawanan separuh akhir nanti. Mental para pemain perlu diperkuatkan agar mereka boleh memberikan sepenuh tumpuan terhadap perlawanan nanti.

Jika para pemain boleh mengatasi tekanan yang bakal diberikan oleh penyokong tuan rumah, tiadaapa yang mustahil bagi anak-anak muda negara.

Apa pendapat anda mengenai perlawanan separuh akhir temasya AFF Bawah 16 Tahun antara pasukan Malaysia B-16 menentang pasukan Indonesia B-16 ? Adakah insiden tidak diingini seperti balingan botol serta provokasi seperti sebelum ini bakal terjadi pada perlawanan separuh akhir nanti ?

Dan mampukah pemain muda negara untuk menyerap segala asakan yang bakal diberikan oleh penyokong tuan rumah ?

Baca Juga: Tindakan Menghalau Pemain Keterlaluan

Leave a Reply