Sumber Gambar: Sukan Sinar

Pengendali pasukan Selangor, Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir tetap tenang menghadapi spekulasi beliau akan digantikan oleh pihak pengurusan. Melihat kepada situasi ini, Nazliazmi akur dengan keperluan sebenar pasukan dan kemahuan daripada pengurusan walaupun sedar risiko yang perlu dipikul sejak mula mengendalikan pasukan Selangor daripada jurulatih sebelumnya.

Tegas pengendali itu, jika keputusan ini mampu mengubah situasi pasukan, beliau perlu berlapang dada untuk menerimanya demi kebaikan pasukan Selangor sendiri.

Beliau mengakui tidak ambil hati sekiranya pihak pengurusan merancang untuk mencari penggantinya pada musim hadapan. Beliau bercakap kepada Stadium Astro “menduduki kerusi panas ini, saya sudah menjangkakannya kerana pasukan ini adalah pasukan legenda yang kaya dengan sejarah kegemilangan dan semua pihak mengharapkan kegemilangan itu dapat diteruskan”.

Beliau menambah “semuanya terpulang kepada keputusan pihak pengurusan dan saya perlu menerima keputusan yang dibuat kelak kerana keutamaan kini adalah kepada pasukan dan jika pasukan memerlukan khidmat saya sebagai pembantu jurulatih atau nama saya masih berada di dalam perancangan pasukan, saya akan pertimbangkan”.

Beliau menafikan kekangan lain yang dihadapi termasuk masalah kesihatan anak bongsunya menjadi antara punca fokusnya kepada pasukan terjejas. “Prinsip saya sebagai jurulatih, apabila saya bersama pasukan saya perlu mengenepikan dahulu masalah luar kerana keutamaan adalah pasukan dan perkara sedemikian bukanlah alasan untuk sebuah kegagalan” kata pengendali berusia 36 tahun itu. Nazliazmi masih mempunyai misi yang masih perlu diselesaikan sehingga kontraknya tamat pada penghujung November nanti.

Sejak dinaikkan pangkat menggantikan jurulatih, P.Maniam pada Mac lepas, Nazliazmi berjaya membawa The Red Giants mara ke pentas Final Piala FA selain menamatkan kempen Liga Super 2018 di kedudukan ke-8. Adakah skuad The Red Giants akan memiliki jurulatih baharu selepas ini? Boleh rujuk artikel sebelum ini “4 Jurulatih Yang Boleh Dipertimbangkan FAS”.

Nota: Artikel ini ditulis oleh Saudara Emeir Hayqal. Jika anda mempunyai artikel yang mahu dikongsikan, hubungi kami melalui laman media sosial Inikan Bola.

Baca Juga: 4 Jurulatih Yang Boleh Dipertimbangkan FAS

Leave a Reply