Sumber Gambar: The Telegraph

Sekumpulan pakar kesihatan telah menemui kesan kepada pemain bola sepak yang mengalami penyakit berkaitan dengan kecederaan otak iaitu “Chronic Traumatic Encephalopathy” atau singkatannya CTE yang berpunca daripada menanduk bola.

Kumpulan pakar tersebut yang diketuai Dr Bennet Omalu bercakap kepada BBC Radio 5 telah membentangkan penemuan kajiannya kepada umum dan menyarankan kepada masyarakat sudah tiba masanya untuk mengubah beberapa cara yang merbahaya khususnya pemain bola sepak.

Hasil penemuan tersebut ditemui pada bekas pemain NFL Pittburgh Steeler, Mike Webster yang timbul selepas bedah siasat yang dilakukan pada tahun 2002. Beliau juga menyarankan setiap pemain perlu mengelak daripada menanduk bola dan ianya adalah perbuatan yang berbahaya kepada struktur kepala dan kesan kepada otak manusia.

Beliau menambah “kanak-kanak berusia usia 12 hingga 18 tahun perlu mewujudkan permainan yang kurang mempunyai sentuhan fizikal dan juga mengelakkan perbuatan menanduk bola” kata pakar berusia 49 tahun itu.

Beliau berkata “adalah tidak masuk akal untuk mengawal objek yang bergerak pantas dengan kepala dan saya percaya di peringkat profesional juga perlu mengehadkan perbuatan menanduk bola kerana ianya adalah merbahaya kepada individu pelaku.”

Jelasnya lagi otak manusia terapung dalam bendalir di dalam tengkorak seperti belon, jadi perbuatan menanduk itu akan memberi kesan kepada otak manusia dan implikasinya akan hadir apabila usia semakin bertambah dengan simptom-simptom penyakit seperti Dementia dan CTE.

“Saya tahu ia sukar untuk banyak pihak tetapi sains berevolusi. Kita berubah bersama masa. Masyarakat berubah. Tiba sudah masa untuk kita ubah beberapa cara kita,” tegasnya.

Ketika ini, proses diagnosis dan bedah siasat berkenaan penyakit dementia dan CTE sedang dilakukan kepada beberapa bekas pemain yang didakwa mengalami trauma pada bahagian otak kesan daripada menanduk bola. Jadi berhati-hatilah kepada pemain bola sepak, jangan jadikan diri anda sebagai taruhan kepada risiko penyakit ini nanti.

Nota: Artikel ini ditulis oleh Saudara Emeir Hayqal. Jika anda mempunyai artikel yang ingin dikongsikan, hubungi kami melalui laman media sosial Inikan Bola.

Baca Juga: Pengendali The Red Giants Dalam Bahaya ?

Leave a Reply