Sumber Gambar: AFF

Pasukan bawah 16 tahun negara akan berdepan cabaran sukar apabila mereka akan menentang pasukan tuan rumah, Indonesia dalam perlawanan peringkat separuh akhir temasya Piala AFF Bawah 16 Tahun. Para pemain perlu menguatkan semangat jika mereka mahu melangkah ke perlawanan akhir.

Cabaran yang bakal dihadapi oleh pemain muda negara malam ini bukan saja daripada pasuka lawan malah dari ribuan peminat tuan rumah yang bakal membanjiri stadium. Dikhabarkan, sejumlah 30 ribu tiket sudah habis terjual dan ini bakal menjadi cabaran yang tersendiri bagi para pemain.

Jika dilihat dari insiden sebelum ini, peminat tuan rumah sudah pasti bakal melancarkan provokasi terhadap pemain negara. Akan tetapi, semua provokasi dan juga segala bentuk tekanan yang bakal diberikan oleh penyokong tuan rumah boleh diatasi jika para pemain menanamkan semangat yang tinggi dalam diri mereka.

Dalam perlawanan peringkat kumpulan, Malaysia menduduki tempat kedua dibelakang pasukan Thailand dengan 9 mata hasil daripada 3 kemengan dan 1 kalah.

Jika dilihat daripada prestasi pasukan dalam saingan peringkat kumpulan, Indonesia sememangnya mempunyai kelebihan berbanding pasukan negara kerana mereka mengutip 15 mata dalam saingan peringkat kumpulan.

Akan tetapi, perlawanan di peringkat separuh akhir merupakan pentas yang berbeza dimana peluang kedua-dua pasukan untuk mara ke perlawanan akhir seimbang.

Pemain Indonesia sudahpun melancarkan serangan psikologi dengan mengatakan mereka tidak boleh tewas jika bertemu Malaysia. Menurut laporan Bola.com, salah seorang pemain Indonesia berkata “Seperti yang jurulatih kami katakan, kita boleh kalah lawan siapa sahaja tetapi tidak ketika menentang Malaysia. Jangan sampai kalah, itu menjadi motivasi kami semua,” kata penyerang skuad bawah 16 tahun Indonesia, Amiruddin Bagus Kahfi.

Apa yang pasti, semoga perlawanan malam ini berjalan dengan lancar dan penyokong tuan rumah boleh menjaga tingkah laku mereka sepanjang perlawanan. Kami berharap tiada insiden yang tidak diingini berlaku dan kedua-dua pasukan bakal menampilkan permainan terbaik mereka.

Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan Malaysia B-16 menentang Indonesia B-16 malam ini? Mampukah anak-anak muda negara melangkah ke perlawanan akhir?

Baca JugaJangan Menanduk Bola – Pakar

Leave a Reply