Sumber Gambar: Nakhon Ratchasima

Penyerang pasukan kebangsaan, Muhammad Shahrel Fikri Fauzi akhirnya berjaya mengakhiri kemarau jaringan bersama Nakhon Ratchasima FC apabila beliau menjaringkan satu gol ketika membantu Nakhon menewaskan pasukan Divisyen 3 Thai League, Ranong United dalam saingan Thai League Cup 2018.

Gol Shahrel Fikri:

Sumber Video: Rise of the panthers

Sebelumnya, penyerang berusia 24 tahun ini menyertai Nakhon secara pinjaman selama lima bulan daripada PKNP FC dan beliau berdepan kesukaran untuk mencipta jaringan dalam saingan Thai League 1. Shahrel telah beraksi enam perlawanan sebelum ini dan masih lagi gagal untuk menjaringkan gol.

Pada perlawanan Thai League Cup semalam, Nakhon bertemu pasukan dari Divisyen 3 Thai League, Ranong United dan Shahrel sekali lagi diberi kepercayaan dengan beliau diletakkan dalam kesebelasan utama.

Bermain di laman sendiri, Nakhon membuka tirai jaringan menerusi Chanatphon Sikkhamondol pada separuh masa pertama. Pemain import dari Korea Selatan, Lee Won-jae kemudiannya menggandakan kelebihan pasukan tuan rumah pada separuh masa kedua.

Memasuki minit ke-76, Shahrel Fikri mencetak nama sebagai penjaring ketiga apabila beliau bijak menyempurnakan hantaran rakan sepasukan sekaligus memberikan kemenangan 3-1 buat pasukan beliau.

Nakhon Ratchasima FC akan bertemu sama ada Buriram United, Chiangrai United atau Bangkok Glass FC dalam saingan separuh akhir nanti. Juara Thai League Cup 2018 akan layak ke pusingan akhir kejohanan Mekong Club Championship 2018.

Jaringan yang berjaya dihasilkan semalam sudah pasti menjadi satu nafas kelegaan yang tersendiri buat Shahrel. Manakan tidak, dalam enam perlawanan sebelum ini, beliau gagal untuk menjaringkan gol dan perkara tersebut sudah pasti mengganggu fokus beliau

Apa yang penting, Shahrel Fikri perlu menjadikan jaringan beliau semalam sebagai pembakar semangat untuk beliau menampilkan aksi yang lebih baik pada perlawanan akan datang.

Apa pendapat anda mengenai kejayaan Shahrel Fikri Fauzi mengakhiri kemarau jaringan beliau bersama Nakhon Ratchasima FC ? Mampukah beliau mengekalkan momentum sekaligus menjaringkan lebih banyk gol bagi Nakhon Ratchasima ?

Baca Juga: Jangan Berputus Asa Wahai Shahrel Fikri!

Leave a Reply