Sumber Gambar: JST

Berita mengejutkan datang daripada kem Johor Darul Ta’zim apabila trio jurulatih pasukan, Raul Longhi, Rui Matias dan Ismail Ibrahim dikhabarkan dipecat daripada staf kejurulatihan pasukan.

Menurut wartawan Nadi Arena, Adam Zamri, JDT telah menghantar permohonan kepada pengelola Liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL) bagi menggugurkan ketiga-tiga jurulatih tersebut dan menggantikan mereka dengan Benjamin Mora dan Hamzani Omar.


Sumber Gambar: Adam Zamri

Sejak tewas mengejut kepada pasukan Liga Perdana, MISC-Mifa pada perlawanan pembukaan saingan Piala Malaysia 2018 minggu lalu, masa depan Raul Longhi yang menggantikan Ulisses Morais pada awal musim ini nyata menjadi tanda tanya.

Kekalahan kepada Mifa sememangnya tidak disangka-sangka kerana JDT merupakan juara bertahan dan menjadi pasukan pilihan untuk muncul juara dalam saingan edisi kali ini.

Kini, Benjamin Mora sekali lagi diberi tanggungjawab untuk membimbing JDT bagi mengharungi bagi saingan Piala Malaysia. Musim lalu, Mora diberi tanggungjawab untuk menjadi pengendali pasukan setelah Ulisses Morais memutuskan untuk meletak jawatan kerana masalah keluarga.

Di bawah bimbingan Mora musim lalu, JDT berjaya memenangi Liga Super dan muncul juara Piala Malaysia edisi 2017 setelah menewaskan pasukan Kedah pada perlawanan akhir. Kami berpendapat rekod yang dimiliki oleh Mora menjadi sebab utama mengapa beliau kembali dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan.

Apa pendapat anda mengenai trio jurulatih pasukan JDT yang dipecat dan digantikan oleh Benjamin Mora dan Hamzani Omar? Adakah langkah yang diambil oleh Johor Darul Ta’zim ini dianggap terburu-buru?

Atau sememangnya Johor Darul Ta’zim memerlukan perubahan di bahagian kejurulatihan bagi memastikan pasukan meneruskan momentum cemerlang dalam saingan Piala Malaysia 2018? Kongsikan pendapat anda mengenai isu pemecatan ini bersama kami.

Baca Juga: Larkin Bukan Lagi “Fortress” Bagi Johor Darul Ta’zim

Leave a Reply