Sumber Gambar: Goal.com

Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim, Luciano Figueroa atau yang lebih mesar dengan panggilan Lucho dilantik sebagai pengurus baru pasukan bagi menggantikan Raul Longhi yang dipecat semalam. Perkara ini diumumkan oleh Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak JDT, Alistair Edwards di laman media sosial Johor Southern Tigers.

Selain melantik Luciano, JDT juga menaikkan pangkat dua jurulatih yang sebelum ini mengendalikan Johor Darul Ta’zim II, Benjamin Mora dan Hamzani Omar bagi membantu Lucho menjalankan tugas sebagai jurulatih.

Edwards menjelaskan Lucho, Mora dan Hamzani akan dihantar ke tiga kelab terkemuka Eropah iaitu Atletico Madrid, Manchester City dan Wolverhampton Wanderers bagi menjalani satu kursus untuk memantapkan lagi ilmu kejurulatihan mereka.

Dalam masa yang sama, Edwards mengucapkan terima kasih kepada Raul Longhi, Rui Matias Rodirguez dan Ismail Ibrahim di atas khidmat mereka selama bersama JDT. Keputusan untuk membuat pertukaran dii bahagian kejurulatihan pasukan sebenarnya sudah lama dirancang dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan kepada para peminat.

Tambah Edwards lagi, pihak kelab memutuskan perkara ini dilakukan bagi membuat persiapan menjelang saingan AFC Champions League musim hadapan.

Luciano Figueroa sememangnya tidak asing lagi bersama Johor Darul Ta’zim. Penyerang dari Argentina ini merupakan sebahagian daripada pasukan yang berjaya memenangi saingan Piala AFC pada 2015. Lucho juga berjaya membantu JDT meraih dua trofi Liga Super sepanjang beraksi bersama mereka.

Tempat Benjamin Mora dan Hamzani Omar di JDT II akan diambil alih oleh seorang lagi legenda pasukan, Ervin Boban yang sebelum ini menjadi jurulatiih JDT III. Boban akan dibantu oleh Shakir Shaari yang dijadualkan akan mengambil kursus kejurulatihan apabila beliau bersara pada penghujung musim ini. Selain Shakir, Marcos Antonio juga bakal dihantar untuk menjalani kursus.

Apa pendapat anda mengenai pelantikan Luciano Figueroa sebagai pengurus baru Johor Darul Ta’zim ? Mamoukah beliau meneruskan legasi jurulatih sebelum ini ?

Baca Juga: Trio Jurulatih Johor Darul Ta’zim Dipecat!

Leave a Reply