Sumber Gambar: FAM

Pasukan bawah 23 tahun negara tetap gagah mempertahankan kelebihan dua gol yang dijaringkan walaupun digasak oleh Pak Arab yang hilang kewarasannya pada minit-mini akhir perlawanan sekaligus mengutip momentum cemerlang sebelum berlepas ke Indonesia.

Pasukan negara nyata pasukan yang lebih baik berbanding UAE pada perlawanan sebentar tadi. Para pemain negara dilihat menguasai dengan melancarkan serangan ke kubu pertahanan pasukan lawan sejak dari awal permainan.

Asakan bertali arus ke kubu pertahanan UAE akhirnya membuahkan hasil apabila pemain sayap, Safawi Rasid melepaskan satu rembatan deras sekaligus menewaskan penjaga gol lawan pada minit ke-27. Safawi bijak melepaskan diri daripada perangkap ofsaid UAE dan berjaya membuka tirai jaringan. Separuh masa pertama tamat dengan Malaysia berada di hadapan.

Memasuki separuh masa kedua, Malaysia tidak mengendurkan malah dilihat lebih berselera untuk mencari gol kedua. Meskipun ketua jurulatih pasukan, Datuk Ong Kim Swee membuat sedikit pertukaran, namun perkara tersebut tidak menjejaskan rentak pasukan.

Kerja keras pemain negara akhirnya terbalas apabila Syazwan Andik dan Akhyar Rashid melakukan gerakan one two sekaligus menewaskan barisan pertahanan sekaligus penjaga gol UAE. Kedudukan 2-0 kekal sehingga masa perlawanan tamat.

Akan tetapi, berlaku kejadian tidak diingini apabila pemain UAE dilihat hilang pertimbangan dan mula melakukan kekecohan dengan memukul pemain negara. Yang paling disayangkan, para pegawai pasukan UAE turut terlibat dalam kekecohan ini.

Kejadian yang berlaku nyata memalukan terutamanya pasukan UAE yang berada di kedudukan yang lebih baik daripada pasukan negara. Mereka sepatutnya lebih matang dalam mengawal emosi dan juga keadaan. Shame on you UAE!

Apa yang pasti, pujian harus diberikan kepada para pemain negara kerana menampilkan satu persembahan yang luar biasa. Mereka tetap gagah walau digasak oleh pemain Arab. Jika anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee berjaya mengekalkan momentum, tidak mustahil Malaysia mamou untuk mencipta kejutan.

Apa pendapat anda mengenai kemenangan pasukan bawah 23 tahun negara ke atas pasukan UAE bawah 23 tahun sebentar tadi? Mampukah para pemain mengekalkan momentum?

Dan wajarkah UAE digantung daripada menyertai Sukan Asia 2018 kerana tingkah laku mereka?

Baca Juga: Tindakan Mereka Sudah Keterlaluan

Leave a Reply