Nadi TYD


Sumber Gambar: Football Selangor

Kelab yang ditubuhkan pada 1 Januari 2018 ini berjaya mengharungi perlawanan peringkat kumpulan G dengan jayanya apabila mereka berjaya merekodkan tiga kemenangan. Nadi TYD memulakan kempen playoff SCL 2018 dengan menewaskan pasukan Putra City FC dengan keputusan 1-0 hasil jaringan penyerang berusia 38 tahun mereka iaitu Mohd Termizi Bin Mat Isa.

Rentak cemerlang Nadi diteruskan pada perlawanan minggu kedua apabila mereka mengutip kemenangan kedua dengan menewaskan Sungai Buloh Rovers dengan keputusan 3-0.

Nadi nyata dahagakan kemenangan dan mereka berjaya meneruskan rentak cemerlang pada perlawanan minggu ketiga. Kali ini, Nadi membelasah pasukan SAB FC dengan keputusan 4-0. Lapan jaringan yang berjaya dihasilkan nyata memberikan amaran kepada pasukan lain bahawa mereka mengambil serius pusingan playoff bagi melayakkan diri ke saingan Selangor Champions League 2018.

Selain menunjukkan prestasi yang cemerlang dari segi jaringan gol, Nadi juga menunjukkan satu prestasi yang baik di bahagian pertahanan apabila mereka menamatkan saingan kumpulan tanpa melepaskan sebarang gol. Satu pencapaian yang membanggakan oleh pasukan yang menamatkan saingan Liga Komuniti Puchong 2018 di tangga kedua.

Pemain Nadi TYD yang perlu diberi perhatian menurut kami ialah pemain sayap mereka iaitu Mohd Faiz bin Basheer Ahmed. Pemain sayap berusia 25 tahun ini berjaya menjaringkan 2 gol sepanjang perlawanan peringkat kumpulan dan merupakan ancaman utama bagi pertahanan lawan dari sebelah sayap.

Pada perlawanan menentang ABMK Sabtu ini, kelincahan Faiz sudah pasti ditagih oleh Nadi bagi membolehkan mereka melayakkan diri untuk beraksi dalam saingan SCL 2018.

Akademi Bolasepak Merah Kuning


Sumber Gambar: Football Selangor

ABMK atau nama panjangnya Akademi Bolasepak Merah Kuning juga tidak kurang hebatnya apabila mereka turut menamatkan saingan kumpulan H dengan meraih tiga kemenangan.

ABMK memulakan kempen playoff dengan mencatat kemenangan besar dimana mereka membelasah pasukan Newbies FC dengan jaringan 7-0. ABMK menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama dan menjaringkan empat lagi gol pada separuh masa kedua.

Memasuki minggu perlawanan kedua, ABMK meneruskan rentak kemenangan apabila mereka menang 1-0 tipis ke atas pasukan Cabin 17.

Rentak cemerlang ABMK tidak terhenti di perlawanan minggu kedua. Memasuki minggu ketiga, ABMK masih lagi dahagakan kemenangan dan kali ini mereka berjaya melengkapkan kecemerlangan mereka dalam saingan peringkat kumpulan dengan menewaskan Glory United 4-1.

Teman lelaki kepada artis terkenal, Fasha Sandha iaitu Mohd Aidil Aziz berjaya menjaringkan hatrik pada perlawanan menentang Glory United.

Jentera serangan ABMK yang menunjukkan aksi cemerlang sememangnya menjadi elemen penting dalam perjalanan pasukan ini menuju ke peringkat akhir playoff ACL 2018. 12 gol yang berjaya dijaringkan sudah cukup untuk menghadirkan gerun di hati pemain pertahanan lawan.

Pada perlawanan Sabtu ini, ketajaman jentera serangan yang bakal diketuai Aidil Aziz akan sekali lagi menjadi harapan utama pasukan bagi menewaskan Nadi TYD pada Sabtu ini sekaligus mara ke saingan Selangor Champions League 2018.

Ayuh kita berikan sokongan kepada pasukan yang bakal berentap dalam pusingan akhir playoff SCL 2018 yang akan diadakan pada Sabtu ini di Padang Johan Setia, Klang. Anda bakal disajikan dengan aksi menarik daripada lapan pasukan yang bakal berentap nanti.

Jika anda inginkan maklumat yang lebih terperinci, boleh layari laman web Football Selangor atau laman media sosial mereka.

Baca Juga: Mengapa Program Selangor GGrassroots League Ini Wajib Diikuti Oleh Negeri Lain