Sumber Gambar: Semuanya Bola

Isu penyokong Indonesia yang masih lagi tidak berpuas hati dengan pemain pasukan bawah 16 tahun negara kini memasuki babak baru apabila pada perlawanan separuh akhir semalam, penyokong tuan rumah memaparkan kain rentang yang bertuliskan “Malaysia maling” dan melaungkan chant “Malaysia itu anjing” ketika perlawanan sedang berlangsung. Tindakan mereka sudah melebihi batas dan keterlaluan!

Pasukan bimbingan Raja Azlan kecundang pada perlawanan semalam apabila sepakan penalti Bagus Kahfi pada separuh masa kedua meleburkan harapan pasukan muda negara untuk melangkah ke perlawanan akhir.

Meskipun ada usaha yang dilakukan untuk memperbaiki keadaan seperti mengadakan pertemuan diantara kedua belah pihak, namun perkara tersebut nampaknya tidak membuahkan hasil. Bahkan permintaan ketua jurulatih Indonesia B-16, Fakhri Hussaini yang mahukan perlawanan berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku juga tidak diendahkan oleh penyokong tuan rumah.

Selain kain rentang “Malaysia maling”, penyokong tuan rumah juga memaparkan kain rentang yang bertuliskan “Serumpun tapi bangsat”.


Sumber Gambar: Semuanya Bola

Tindakan penyokong tuan rumah nyata sudah melebihi batas dan tindakan harus dikenakan ke atas mereka agar perkara ini tidak terjadi lagi pada masa akan datang. Sudahlah tidak menghormati Malaysia sebagai pasukan yang bertanding, mereka juga menghina lagu kebangsaan Negaraku dan melancarkan provokasi terhadap pemain negara.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus menghantar bantahan kepada AFF dan AFC kerana perkara ini cukup serius dan tindakan yang sewajarnya harus dikenakan. Dalam perkara ini, kita tidak boleh lagi menggunakan cara diplomatik.

Slogan “serumpun” yang digunakan selama ini harus diketepikan terlebih dahulu kerana ini melibatkan maruah dan juga lambang kebanggaan Malaysia yang dipijak dan diperlekehkan oleh orang lain. Hukuman perlu diberikan di atas perbuatan tidak bertamadun ini.

Apa pendapat anda dengan tindakan penyokong Indonesia yang memaparkan kain rentang berbaur penghinaan kepada Malaysia serta melancarkan provokasi terhadap para pemain negara ? Wajarkah pasukan tuan rumah dijatuhi hukuman berat kerana tingkah laku penyokong mereka ?

Baca Juga: Penyokong Indonesia Perlu Dididik!

Leave a Reply