Sumber Gambar: FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan berdiam diri dan akan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam, FAM telah mengadakan perbicnagan dengan wakil pasukan UAE dan Konfederasi Bolasepa Asia (AFC) berhubung insiden semalam.

“Saya dan Dato’ Hamidin terus mengadakan perbincangan dengan pihak Persatuan Bolasepak Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menerusi setiausaha agungnya, Mohammed Hazzam Al Dhaheri dan juga naib presiden, Abdulla Naser Al Jneibi serta pihak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) iaitu setiausaha agungnya, Dato’ Windsor John.

“Selepas perbincangan, FAM telah menerima surat rasmi daripada UAE FA menyatakan mereka meminta maaf di atas insiden pergaduhan terbabit dan mengambil serius apa yang berlaku itu dengan akan melakukan siasatan dalaman bagi tindakan diambil kepada pemain dan pegawai pasukan berkenaan yang terlibat,”kata Stuart Ramalingam.

Hasil dari perbincangan tersebut, UAE FA telah menghantar surat rasmi kepada FAM menyatakan mereka meminta maaf di atas insiden yang berlaku dan mengambil serius apa yang berlaku dan akan melakukan siasatan dalaman ke atas para pemain dan pegawai pasukan berkenaan yang terlibat.

UAE baru-baru ini telah menggugurkan pemain yang memakai jersi nombor 8, Mohammed Khalfan Al-Harazi yang dianggap bertindak dengan keterlaluan. UAE FA menyatakan bahawa Al-Harazi gagal untuk menunjukkan semangat kesukanan.

Tambah Stuart lagi, FAM akan mengemukakan laporan daripada Kommisioner Perlawanan (MC) dan juga pengadil kepada AFC pada hari ini dan seterusnya akan membuat tindakan susulan dengan AFC jika ada apa-apa keperluan selepas AFC meneliti laporan daripada semua pihak.

Meskipun diakhiri dengan pergaduhan, namun pasukan bawah 23 tahun negara berjaya menampilkan aksi yang bertenaga dan juga meyakinkan dengan menewaskan UAE menerusi jaringan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid.

Dengan kemenangan semalam, anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee kini berada dalam prestasi terbaik dan dilihat sudah sedia untuk mengharungi cabaran pada temasya Sukan Asia 2018. Malaysia akan menentang Kyrgyzstan pada 15 Ogos ini.

Baca Juga: Malaysia Gagah Walau Diasak Pak Arab

Leave a Reply