Sumber Gambar: Nakhon Ratchasima

Pemain Nakhon Ratchasima FC, Shahrel Fikri Fauzi nampaknya tidak lagi kesunyian setelah beliau memuat naik gambar menunjukkan Shahrel sedang menikmati hidangan selepas menghadapi satu perlawanan persahabatan di Bangkok.

Sebelum ini, Shahrel meluahkan perasaan di laman media sosial Twitter milik beliau dimana Shahrel menjelaskan kehidupan selama beraksi bersama Nakhon. Jelas Shahrel, beliau melakukan aktiviti seorang diri tanpa ditemani oleh sesiapa pun.

Tambah pemain yang mesra disapa Eki ini, beliau hanya bertemu dengan rakan sepasukan ketika sesi latihan dan hari perlawanan sahaja.

Luahan hati Shahrel nyata mendapat reaksi daripada pelbagai pihak terutamanya daripada bekas pemain dan juga peminat bola sepak negara. Mereka menasihatkan bekas penyerang PKNP FC ini agar tidak terlalu memikirkan tentang perkara tersebut kerana ianya boleh menjejaskan fokus Eki bersama Nakhon.

Apa yang pasti, gambar yang dimuat naik di Twitter semalam sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada ramai pihak kerana mereka mahukan Shahrel untuk terus beraksi bersama Nakhon dan tidak pulang ke tanah air.

Sebelumnya, kita disajikan dengan beberapa pemain yang mempunyai peluang untuk beraksi di luar negara namun memilih untuk pulang ke Malaysia kerana rindukan suasana bola sepak tanah air.

Selain memuat naik gambar yang menunjukkan Shahrel Fikri sedang menikmati hidangan bersama rakan-rakan sepasukan, Eki juga sempat memuat naik rutin rakan sepasukan beliau apabila berada di dalam bas pasukan.

Seperti yang anda boleh lihat, para pemain Nakhon disediakan minuman beralkohol di dalam bas pasukan. Namun Shahrel menolak ketika diajak untuk minum bersama kerana ianya tidak dibenarkan dalam Islam. Bagus Eki!

Apa pendapat anda mengenai situasi Shahrel Fikri yang dilihat tidak lagi kesunyian dan sudah mula bergaul bersama rakan sepasukan yang lain ?

Baca Juga: Shahrel Fikri Kesunyian

Leave a Reply