Sumber Gambar: Nakhon Ratchasima FC

Penyerang pasukan kebangsaan, Shahrel Fikri Fauzi meluahkan hasrat dimana beliau mahu terus beraksi di saingan Thai League 1 musim hadapan dan kini beliau sedang dalam misi untuk memperpanjangkan kontrak sedia ada bersama Nakhon Ratchasima FC.

Selain mahu melanjutkan kontrak bersama Nakhon, Shahrel juga mahu menampilkan aksi terbaik pada baki saingan Thai League 1 bagi menarik minat pasukan lain untuk mendapatkan beliau.

“Masih ada 10 perlawanan liga untuk diharungi, saya tidak akan lari atau balik awal sebaliknya mahu terus bermain di sana sehingga kontrak saya bersama Nakhon berakhir pada hujung musim.

“Saya juga akan menggunakan baki perlawanan itu untuk cuba memikat Nakhon dan kelab lain di Thailand dengan harapan dapat meneruskan karier di sana musim depan.

Sebelum ini, masa depan Shahrel bersama Nakhon menjadi tanda tanya apabila bekas ketua pasukan PKNP FC ini meluahkan perasaan di laman media sosial Twitter milik beliau.

Pemain yang mesra dengan panggilan Eki ini kemudiannya menjelaskan tentang sebab utama beliau menulis sedemikian di Twitter milik beliau. Shahrel menjelaskan beliau hanya rindukan keluarga dan tidak berniat untuk kembali ke tanah air.

“Jadi, tidak timbul isu saya mahu balik awal walaupun saya akui apa yang saya tulis melalui twitter itu adalah luahan perasaan saya. Memang saya sunyi dan rindukan keluarga tapi tidak bermakna saya mahu balik awal,” tegas Shahrel yang dihubungi Sukan NSTP semalam.

Apa yang pasti, jika Shahrel Fikri berjaya menampilkan aksi terbaik pada baki perlawanan Nakhon Ratchasima dalam saingan Thai League 1, peluang Shahrel untuk terus beraksi di saingan Liga terbaik di Asia Tenggara ini sememangnya cerah.

Shahrel setakat ini telah menjaringkan satu gol bersama Nakhon Ratchasima FC tepatnya ketika perlawanan Piala Liga Thai.

Apa pendapat anda mengenai misi Shahrel Fikri yang mahu beraksi salam saingan Thai League 1 musim hadapan? Mampukah beliau menampilkan aksi cemerlang sekaligus memikat hati pengurusan Nakhon Ratchasima untuk menyambung kontrak Shahrel Fikri pada saingan musim 2019?

Baca Juga: Memang Sukar, Namun Kuatkan Semangat Anda – Titus James

Leave a Reply