Sumber Gambar: Felda United

Pasukan bimbingan B.Sathianathan, Felda United menyasarkan menjadi juara kumpulan B dalam saingan Piala Malaysia edisi kali ini.

Perkara tersebut dilaungkan oleh penjaga gol Felda, Farizal Harun dan menyasarkan pasukan beliau untuk mengutip tiga mata penuh apabila menghadapi pasukan Melaka United pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 15 September ini.

“Kami bukannya memikirkan pasukan yang akan dihadapi sama ada Terengganu FC (TFC) atau Perak. Tapi ia lebih kepada motivasi dan persediaan awal apabila beraksi di suku akhir nanti.

“Pada masa sama, kami selaku pasukan dari Liga Perdana sentiasa sedia berdepan pasukan dari Liga Super selepas bertemu Melaka United dan PKNS FC di peringkat kumpulan.

“Oleh itu, tidak timbul kami memilih TFC atau Perak kerana sedar kami tetap berdepan saingan getir kerana semua pasukan mahu menjulang Piala Malaysia.”

“Sebagai pemain, kami akan memastikan impian jurulatih untuk melihat FELDA United muncul juara kumpulan menjadi kenyataan,” katanya kepada Berita Harian.

Meskipun datang dari saingan Liga Perdana, namun pasukan Felda dilabel sebagai pilihan juara pada edisi kaliini kerana kualiti yang dimiliki oleh mereka. Kualiti yang dimaksudkan ialah dari segi barisan pemain dan juga kejurulatihan yang dimiliki oleh pasukan.

Felda memiliki antara penyerang import terbaik dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Gilberto Fortunato dan Thiago Augusto Fernandez telah bergandingan dengan baik bagi memastikan Felda muncul juara Liga Perdana dan beraksi cemerlang dalam saingan Piala Malaysia.

FELDA United dan PKNS FC berkongsi 10 mata setelah 5 perlawanan dan layak beraksi di suku akhir biarpun masih berbaki satu perlawanan. Namun, aksi terakhir itu akan menentukan juara kumpulan.

Felda akan menentang pasukan Melaka United manakala PKNS FC pula akan menentang pasukan PDRM. Felda dan PKNS dijangkan akan menampilkan persembahan terbaik mereka kerana hanya kemenangan yang akan mengukuhkan kedudukan di persada kumpulan.

Apa pendapat anda mengenai peluang Felda United untuk muncul sebagai juara kumpulan B saingan Piala Malaysia edisi 2018 ? Mampukah mereka menewaskan Melaka United pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan ?

Baca Juga: Susah Nak Menaikkan Standard – Azlan Johar

Leave a Reply