Sumber Gambar: Terengganu City FC

Terengganu City FC berjaya membuktikan mereka pasukan pilihan untuk menjuarai Piala FAM 2018
dengan mengalahkan Selangor United 2-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras yang dihadiri
oleh 1514 penonton. Penulis sendiri menjadi orang pertama yang membeli tiket perlawanan pada jam
3 :30 petang semalam.

Selangor United (SU) yang mengalahkan satu lagi pasukan pilihan, Petaling Jaya Rangers menerusi
agregat 4-3 di separuh akhir minggu lepas bermula garang apabila rembatan pemain mereka dihadang
pada minit ke-2. Satu gol dari Yusaini Hafiz yang disahkan ofsaid pula di minit ketiga menandakan
mereka sememangnya bersemangat menjulang piala ini.

Namun segala percubaan SU yang diketuai Yusaini Hafiz dan Zamri Hassan serta dibantu sayap padu mereka, R. Thivagar berjaya diselamatkan oleh penjaga gol yang juga ketua pasukan Terengganu City (TCFC), Muslim Yusoff. Keputusan kekal 0- 0 hingga separuh masa pertama tamat.

Masuk separuh masa kedua, giliran TCFC yang lebih mengganas apabila asakan demi asakan
dilancarkan ke kubu SU. Percubaan The Shark ini berbuah hasil apabila satu hantaran ke dalam kotak penalti berjaya disudahkan oleh Rahizi Rasib, bekas pemain Negeri Sembilan.

Demi menyamakan kedudukan, jurulatih Abdul Talib Sulaiman menggantikan Zamri Hassan dengan Syamim Alif, namun kesilapan pemain SU yang menjatuhkan Rahizi Rasib dalam kotak penalti menghadiahkan satu penalti yang berjaya disudahkan oleh Khairul Ramadhan.

Bekas pemenang pingat emas Sukan SEA 2011, Izzaq Faris Ramlan dimasukkan pada minit 76 bagi
menggantikan Khairul Ramadhan, namun di penghujung perlawanan dia dilayangkan kad merah
kerana mengasari pemain lawan.

Keputusan kekal 2-0 sehingga wisel penamat dibunyikan, dan kejayaan TCFC menjulang kejuaraan ini
merupakan satu hadiah yang indah bagi peminat mereka yang datang sehingga 5 bas dari Terengganu,
apalagi pasukan ini baru ditubuhkan musim lepas.

Semoga TCFC dan SU menjadi pasukan yang mampu mencabar pasukan-pasukan lain di Liga Perdana
musim hadapan, dan semoga TCFC mampu membayar hutang gaji pemain selama 3 bulan atau
mungkin berhadapan nasib serupa dengan Sime Darby – juara yang menarik diri. Apa-apapun,
fisioterapi TCFC cantik banget dari Bandung !


Penulis bersama Fisioterapi Terengganu City FC, Fortunella Levyana.

We Are The Sharks !

Nota: Artikel tentang 20 previu Liga Bolasepak Malaysia ini ditulis oleh Saudara Ariff Ansaruddin. Beliau merupakan tenaga pengajar di salah sebuah institut pengajian awam (UKM Bangi) dan pernah menuntut di Universitas Indonesia, penyokong Negeri Sembilan FA dan UKM FC.

Baca Juga: Mereka Mampu Untuk Menguruskan Pasukan

Leave a Reply