Sumber Gambar: Terengganu City FC

Legenda pasukan kebangsaan, Ramli Junit menasihatkan persatuan bola sepak perlu lebih bijak untuk mencari dana bagi memastikan mereka tidak berdepan masalah pembayaran gaji pemain.

Menurut Ramli, kaedah beroperasi berlandaskan perniagaan dilihat menjadi satu kaedah yang berkesan bagi persatuan bola sepak menjana pendapatan.

Beliau berkata demikian setelah juara Piala FAM 2018,Terengganu City FC yang masih belum pasti sama ada mahu beraksi dalam saingan Liga Perdana musim hadapan ataupun tidak. Selain itu, Terengganu City FC juga menghadapi masalah tunggakan gaji pemain berjumlah lebih RM200,000.

“Insiatif ini (pernigaaan) mampu untuk membantu persatuan supaya tidak terlalu bergantung kepada kerajaan. Jika timbul masalah tajaan, kantung pasukan akan kering dan pemain akan bermasalah,” katanya kepada Berita Harian.

Masalah yang dihadapi TCFC semakin meruncingkan setelah kerajaan Negeri Terengganu tidak akan memberikan tajaan kepada mereka pada musim hadapan kerana kebanyakkan tajaan sudah diberikan kepada Terengganu FC dan Terengganu FC II.

Tambah Junit, pemain skuad TCFC akan cukup kecewa jika pasukan mereka gagal beraksi di Liga Perdana musim depan disebabkan gagal menyelesaikan masalah kewangan.

Junit juga berharap persatuan bijak mengurus dana yang diberikan penaja mahupun kerajaan negeri untuk mereka menjana pendapatan jangka panjang.

Katanya, jika bajet tidak mencukupi, jangan sesekali mengambil tindakan kurang bijak dengan menyenaraikan pemain yang mahal atau tersilap memilih pemain yang memiliki rekod kecederaan berpanjangan.

Apa yang pasti, Terengganu City FC perlu menyelesaikan tunggakan gaji para pemain terlebih dahulu sebelum mereka memulakan persediaan bagi menghadapi saingan Liga Perdana musim hadapan.

Jika mereka gagal berbuat demikian dan membawa tunggakan tersebut ke saingan musim hadapan, TCFC dikhuatiri tidak dapat menyelesaikan tunggakan tersebut dan akan dikenakan hukuman berat oleh Malaysia Football League (MFL) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sepertimana mana yang dikenakan terhadap Kuantan FA.

Apa pendapat anda mengenai cadangan Ramli Junit yang menasihatkan persatuan bola sepak untuk beroperasi berlandaskan perniagaan? Mampukah kaedah tersebut membantu pasukan untuk mengukuhkan kewangan mereka?

Baca Juga: Selesaikan Tunggakan Gaji Pemain Terlebih Dahulu

Leave a Reply