Sumber Gambar: FA Selangor

Semalam telah berlangsung undian bagi kejohanan Selangor Champions League 2018. Kejohanan yang memasuki edisi ketiga ini menyaksikan 18 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan.

Juara bertahan, Axis-02 PJ FC diletakkan dalam kumpulan A. Axis dianggap sebagai pasukan pilihan dan mereka dicanang untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.

Bersama Axis dalam kumpulan A ialah lapan lagi pasukan Akademi Bola Sepak Merah Kuning, Klang Southern FC, Kajang MPKJ The Lions, Banting Naga FC, Shah Alam Antlers FC, Puchong Fuerza FC, Gombak FC dan Paya Jaras Hiliran FC.

Dalam kumpulan B pula, juara Liga Super FAS 2017, NPNG FC Damansara Damai akan menghadapi cabaran daripada pasukan-pasukan seperti Gombak Hypernova FT, Klang Valley United, Cheras Raptors FC, Club Atletico De Bukit Jelutong, KRU Port Klang FC, Kajang AZS FC, Duta ZXIV dan Subang City FC.

Berikut adalah keputusan undian rasmi.

Sumber Gambar: Football Selangor

Undian semalan turut dihadiri oleh dua pemain Selangor iaitu Amri Yahyah dan penjaring terbanyak Liga Super musim 2018, Rufino Segovia.

Aksi Selangor Champions League 2018 akan bermula pada 15 September ini dan Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya menjadi lokasi pilihan pada musim baru ini.

Apa yang pasti, kejohanan musim ini merupakan kejohanan yang berbeza berbanding musim sebelumnya kerana penyertaan beberapa pasukan baharu yang pastinya mahu merebut mahkota kejuaraan daripada Axis-02 PJ FC.

Selain itu, peraturan yang dikemas kini bagi menambahkan lagi excitement pada kejohanan musim ini.

Kami mengimbau kepada semua peminat terutamanya warga Selangor untuk memberikan sokongan kepada Selangor Champions League kerana ianya satu inisiatif yang berbaloi untuk diberikan perhatian dan diikuti.

Baca Juga: Mengapa Selangor Champions League Patut Dicontohi

Leave a Reply