Sumber Gambar: Today. Online

Bekas ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau yang lebih mesra dengan panggilan Piya dikhabarkan semakin hampir untuk kembali mewarnai kancah Liga Malaysia musim hadapan.

Ejen kepada pemain berusia 36 tahun itu, Wan Mohd Anwari Wan Amran mengesahkan beliau dalam proses rundingan bersama salah satu pasukan Liga Super untuk membawa masuk Piya.

“Memang ketika ini Piya sedang mencari pasukan baharu untuk musim 2019, sama ada dari Liga Perdana atau Liga Super.

“Kita sedang berunding dengan salah satu pasukan, tapi ia masih di peringkat awal. Bila sudah ada surat tawaran nanti saya akan umumkan.

“Jika rundingan itu tidak menjadi kenyataan, kita akan cari pasukan lain bagi memastikan Piya dapat beraksi semula dalam Liga M,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Piya menjadi nadi utama pasukan ketika era kegemilangan pasukan Kelantan dimana mereka pernah meraih gelaran treble pada musim 2012.

Akan tetapi, khidmat beliau seolah-olah tidak diperlukan lagi ketika pasukan Kelantan diambil alih oleh jurulatih dari Syria, Fajr Ibrahim pada awal musim ini. Fajr kemudiannya memggugurkan Piya kerana mahu menggunakan pemain muda dalam skuad beliau.

Bukan sahaja Piya yang digugurkan malah dua lagi pemain senior pasukan, Nor Farhan Mohamad dan Khairul Fahmi Che Mat juga dilepaskan oleh Kelantan. Hasilnya, mereka bergelut dalam saingan Liga Super dan tersingkir ke saingan Liga Perdana musim hadapan.

Walau bagaimanapun, Wan Mohd Anwari belum bersedia mendedahkan nama pasukan berkenaan bagi mengelak sebarang masalah kerana ia masih di peringkat awal.

Apa yang pasti, Piya masih lagi mempunyai sesuatu untuk disumbangkan kepada pasukan dalam saingan Liga Malaysia. Pengalaman luas yang dimiliki ketika beraksi bersama Kelantan boleh dimanfaatkan oleh mana-mana pasukan bagi nengukuhkan jentera tengah.

Apa pendapat anda mengenai peluang Piya untuk kembali mewarnai kancah Liga Malaysia musim hadapan? Pasukan Liga Super manakah yang bakal disertai oleh pemain tengah terbaim yang pernah dimiliki oleh negara satu ketika dulu?

Baca Juga: 120 Pemain Dilanda Masalah Pembayaran Gaji

Leave a Reply