Sumber Gambar: FA Selangor

Penyerang import pasukan Selangor, Rufino Segovia mengutarakan hasrat dimana beliau mahu kekal beraksi bersama Gergasi Merah pada saingan musim hadapan.

Rufino mengakui bahawa beliau ada menerima tawaran daripada pasukan Liga Malaysia dan juga luar negara namun fokus utama penjaring terbanyak Liga Super musim 2018 ini ialah mahu kekal beraksi bersama juara Piala Malaysia 33 kali ini musim hadapan.

“Pilihan utama saya adalah untuk kekal bersama Selangor sekiranya mereka berhajat.

“Saya mendapat banyak tawaran bukan sahaja di Malaysia tetapi saya tidak mahu memikirkan selain daripada Selangor,” katanya kepada Stadium Astro.

Biarpun begitu, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) masih lagi belum mengeluarkan apa-apa kenyataan ataupun tawaran rasmi bagi memperpanjang kontrak Rufino. Tambah bekas pemain Atletico Madrid ini, fokus beliau ketika ini ialah membantu pasukan Selangor menutup kempem Piala Malaysia 2018 dengan kemenangan ke atas PKNP FC.

“Kami berhempas-pulas untuk layak, malangnya kami gagal mara ke suku akhir Piala Malaysia. Sempena perlawanan terakhir nanti, kami perlu menampilkan aksi menarik demi penyokong dan kelab.

“Kami perlu bekerja keras untuk mencapai keputusan yang diharapkan,” katanya.

Apa yang pasti, penting untuk Selangor mengekalkan pemain terbaik mereka dalam saingan Liga Malaysia musim ini bagi mengetuai jentera serangan pasukan pada saingan musim hadapan. Jumlah jaringan yang dihasilkan Rufino musim ini sudah cukup untuk menjadi sebab utama mengapa FAS Perlu mengekalkan Rufino.

Untuk rekod, Rufino menjaringkan 19 gol dalam saingan Liga Super musim ini, 9 gol dalam saingan Piala FA dimana beliau membantu Selangor mara ke perlawanan akhir dan penyerang berusia 33 taju ini juga menjaringkan 2 gol dalam saingan Piala Malaysia 2018. Tanpa kelibat Rufino, Selangor tidak akan berada di tahap mereka ketika ini.

Apa pendapat anda mengenai masa depan Rufino Segovia bersama pasukan Selangor musim hadapan? Adakah FAS akan mengekalkan beliau bagi mengetuai barisan serangan pasukan?

Atau FAS bakal mencari penyerang import lain yang lebih bagus berbanding Rufino?

Baca Juga: Mampukah Selangor Mengekalkan Rufino Segovia?

Leave a Reply