Sumber Gambar: Terengganu City FC

Juara Piala FAM 2018, Terengganu City FC menerima khabar gembira apabila mereka menerima tajaan baharu bagi menampung kos operasi pasukan yang akan beraki dalam saingan Liga Perdana musim hadapan.

Terengganu City mengumumkan perkara tersebut menerusi media sosial Facebook milik mereka semalam.

Terengganu City FC berbesar hati mengumumkan penajaan daripada beberapa buah syarikat untuk bersaing dalam Liga Premier…

Posted by Terengganu City FC on Sunday, 9 September 2018

Jumlah wang tajaan yang diterima Terengganu City bagi menghadapi saingan musim 2019 berjumlah RM6 Juta. Perkara ini sememangnya menjadi satu nafas lega buat pengurusan dan juga para peminat kerana sebelum ini Terengganu City masih lagi berkira-kira sama ada mereka mahu beraksi dalam saingan Liga Perdana musim hadapan.

Perkara itu dipercayai kerana masalah kewangan yang melanda pasukan ketika ini dimana Terengganu City perlu membayar tunggakan gaji dan juga pampasan kepada pemain mereka.

Apa yang penting, pengurusan pasukan perlu bijak dalam mengendalikan dana yang telah ditaja oleh penaja di atas kerana mereka tidak boleh dilanda masalah pembayaran gaji pemain lagi pada musim hadapan.

Selain itu, TCFC perlu berbelanja mengikut kemampuan mereka dan tidak mencontohi pasukan lain yang mempunyai bajet yang lebih besar dari mereka. Terutamanya dalam perihal pembelian pemain import yang akan menguatkan pasukan.

Terengganu City FC layak ke saingan Liga Perdana musim hadapan bersama-sama Selangor United setelah kedua-dua pasukan mara ke perlawanan akhir Piala FAM 2018. Terengganu City dan Selangor United akan menggantikan Terengganu FC II dan Kuantan FA yang dibubarkan pada pertengahan musim ini.

Apa pendapat anda mengenai tajaan yang diterima oleh Terengganu City FC bagi menghadapi saingan Liga Perdana musim hadapan? Mampukah mereka mengharungi musim pertama mereka dalam saingan Liga Perdana dengan wang tajaan yang diterima?

Baca Juga: Jangan Sia-Siakan Perjuangan Kami

Leave a Reply