Kapten skuad Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd Razak gembira dengan kehadiran penyerang Nakhon Ratchasima, Shahrel Fikri Fauzi bersama pasukan kebangsaan. Di sini, kami berpendapat persaingan diantara kedua penyerang ini merupakan satu perkara yang baik buat pasukan negara.

Menurut Zaquan, prestasi cemerlang Shahrel ketika pasukan negara menewaskan Kemboja pada Isnin lalu mampu untuk menjadi pemangkin kepada kebangkitan pasukan kebangsaan.

“Adalah bagus untuk sesuatu pasukan memiliki pilihan pemain yang ramai. Saya rasa setiap pemain ada kelebihan masing-masing, ini merupakan sesuatu yang positif dan persaingan sihat untuk pasukan.

“Sharel ada kelebihannya sendiri dan begitu juga dengan pemain-pemain yang lain. Saya sangat berterima kasih kepada Sharel kerana dengan pengalaman yang dia ada dalam Liga 1 Thailand, dia dapat membawanya ke dalam skuad kebangsaan. Kita juga dapat mempelajari sesuatu daripada dia,” kata Zaquan kepada Utusan.

Tambah Zaquan, beliau berharap para pemain dapat berlajar sesuatu dan meningkatkan lagi tahap keserasian sesama rakan sepasukan pada dua perlawananan persahabatan menetang Taiwan dan Kemboja.

“Saya berharap dalam dua perlawanan persahabatan yang kita hadapi ini, kita dapat belajar sesuatu yang positif. Harap kemenangan dengan Kemboja ini beri suntikan semangat untuk kita bawa ke dalam Piala AFF nanti.”

Menjelang kejohanan Piala AFF Suzuki yang akan bermula kurang dua bulan daripada sekarang, Zaquan dan Shahrel dilihat hampir pasti untuk berada dalam pasukan utama sekaligus mengisi jentera serangan pasukan negara.

Dengan hanya satu pemain sahaja yang akan diturunkan sebagai penyerang utama, Zaquan dan Shahrel sudah pasti akan bekerja keras ketika sesi latihan bagi menambah hati ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe bagi menurunkan mereka dalam kesebelasan utama.

Apa yang pasti, kedua-dua penyerang ini perlu meningkatkan lagi usaha dan juga kerja keras mereka bagi memastikan mereka berada dalam keadaan terbaik menuju ke saingan Piala AFF Suzuki 2018 yang akan bermula November nanti.

Pasukan negara kita sudah lama menghadapi krisis di bahagian serangan. Jadi dengan campuran pemain senior dan pemain muda, diharapkan mereka boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Baca Juga: Turunkan Shahrel Sebagai Penyerang Utama

Leave a Reply