Sumber Gambar: Pahang FA

Barisan serangan pasukan negara menampilkan aksi yang kurang meyakinkan pada dua perlawanan persahabatan baru-baru ini. Perkara ini seterusnya menimbulkan persoalan. Adakah sudah tiba masa ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe menguji Mohamadou Sumareh bersama skuad kebangsaan ?

Pada perlawanan menentang Taiwan, Cheng Hoe menurunkan Zaquan Adha, Syahmi Safari dan Syazwan Zainon di bahagian serangan. Trio ini gagal untuk menghadirkan ancaman kepada kubu pertahanan Taiwan pada separuh masa kedua.

Cheng Hoe kemudiannya memasukkan Akhyar Rashid dan Shahrel Fikri bagi menambah bisa di bahagian tersebut. Walaupun dengan kemasukkan dua pemain ini, impak yang dibawakan nyata tidak berjaya untuk dijelmakan kepada jaringan.

Pada perlawanan menentang Taiwan pula, Cheng Hoe membuat pertukaran dengan menggantikan Syahmi dengan Akhyar Rashid. Pada separuh masa pertama, trio yang diturunkan sekali lagi gagal untuk mencipta sebarang impak sekaligus jaringan.

Namun, semuanya berubah pada separuh masa kedua apabila Shahrel Fikri Fauzi dimasukkan. Bahagian serangan negara mula menunjukkan kebangkitan dan berjaya menjaringkan gol.

Perkara ini nyata sedikit-sebanyak merisaukan para peminat kerana kejohanan Piala AFF Suzuki akan bermula lebih kurang dua bulan dari sekarang. Akan tetapi, barisan serangan negara sedikit tumpul.

Bagi menyelesaikan masalah ini, nama pemain sayap Pahang, Mohamadou Sumareh kembali disebut-sebut untuk dipanggil bagi menyertai skuad Harimau Malaya dan menjadi pemain naturalisasi pada perlawanan persahabatan yang akan datang.

Dengan kehadiran Sumareh, ditambah pula dengan dua pemain sayap sedia ada seperti Akhyar Rashid dan Safawi Rasid serta penyerang utama yang berada dalam prestasi terbaik ketika ini, Shahrel Fikri Fauzi, mutu dan kualiti barisan serangan negara boleh dipertingkatkan.

Kami berpendapat sudah tiba Sumareh diuji bersama skuad kebangsaan pada tiga perlawanan persahabatan selepas ini.Kemudiannya Tan Cheng Hoe boleh menilai sama ada Sumareh merupakan pemain yang sesuai dengan corak permainan beliau atau mahu terus menggunakan Akhyar dan Safawi sebagai pemain sayap utama.

Apa pendapat anda mengenai prestasi barisan serangan negara pada perlawanan persahabatan menentang Taiwan dan Kemboja ? Wajarkah Sumareh dipanggil bagi menguatkan lagi barisan serangan ?

Baca Juga: Saya Hanya Bergurau Dengan Ashmawi – Eki

Leave a Reply