Sumber Gambar: FAM

Ketua jurulatih pasukan bawah 16 tahun negara, Lim Teong Kim memanggil seramai 23 pemain bagi membawa cabaran pasukan negara pada temasya AFC Bawah 16 Tahun yang akan bermula pada 20 September hingga 7 Oktober ini.

Malaysia diundi dalam kumpulan A dan akan memulakan saingan dengan menentang Tajikistan pada 20 September. Diikuti dengan menentang Thailand pada 23 September sebelum menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan menentang pasukan Jepun pada 26 September.

Jika anak-anak buah Lim Teong Kim berjaya menduduki dua tangga teratas kumpulan, maka mereka akan menentang juara atau naib juara kumpulan B sama ada Korea Utara, Oman, Jordan dan Yaman.

Sekiranya Malaysia muncul juara Kumpulan A, perlawanan suku akhir akan dilangsungkan di Stadium Nasional manakala jika muncul naib juara kumpulan aksi suku akhir akan dilangsungkan di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Perlawanan separuh akhir dijadualkan pada 4 Oktober di Stadium Nasional dan Stadium Petaling Jaya manakala perlawanan akhir pula pada 7 Oktober di Stadium Nasional. Tiket pula dijual pada harga RM10 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak) di ketiga-tiga venue namun bagi perlawanan di Stadium Nasional, tiket turut dijual untuk kategori VIP berharga RM20 dan grandstand RM15.

Berikut adalah barisan pemain yang dipanggil Lim Teong Kim.

Penjaga Gol:

1. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman
2. Abdul Alim Al-Amri Ali
3. Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri

Pertahanan:

4. Azannis Adzri Abdul Halim
5. Muhammad Firdaus Ramli
6. Ali Imran Sukari
7. Muhammad Hariz Mansor
8. Muhamad Alif Abdul Mutalib
9. Muhammad Raimi Shamsul
10. Ahmad Zikri Mohd Khalili
11. Mohammad Alias Alan
12. Muhammad Danish Ishak

Tengah:

13. Mohamad Ikhwan Mohd Hafizo
14. Muhammad Firdaus Kaironnisam
15. Alif Daniel Abd Aziz
16. Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan
17. Muhammad Syukur Fariz Januri
18. Harith Haiqal Adam Afkar

Penyerang:

19. Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal
20. Muhammad Amirul Azzim Mohd Ruzki
21. Luqman Hakim Shamsudin
22. Harith Naem Jaineh
23. Muhammad Danial Amali

Itulah senarai penuh 23 pemain yang akan membawa cabaran pasukan negara pada temasya AFC Bawah 23 Tahun nanti. Penting untuk pasukan bimbingan Lim Teong Kim mara ke peringkat separuh akhir bagi memastikan satu slot untuk beraksi dalam temasya Piala Dunia Remaja di Peru tahun hadapan.

Baca Juga: Posisi Penjaga Gol Hampir Dimuktamadkan

Leave a Reply