Sumber Gambar: Real Merah

Pemain tengah pasukan Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat beekata jika ada mana-mana pasukan dari luar negara berminat dengan khidmat beliau, Nik Akif akan mempertimbangkan tawaran tersebut.

Menurut Nik Akif, beraksi di luar negara mampu untuk meningkatkan mutu dan tahap permainan beliau sekaligus dapat membantu pasukan kebangsaan.

“Kontrak saya dengan Kelantan masih berbaki dua tahun lagi, tapi jika ada tawaran kelab luar (negara) saya sedia pertimbangkan.

“Saya mahu mendapatkan lebih banyak pengalaman dan mengembangkan lagi kerjaya saya. Saya juga percaya dapat meningkatkan lagi prestasi jika dapat beraksi di luar negara.

“Setakat ini tiada lagi tawaran dari luar, cuma ada pasukan dalam Liga M (Liga Malaysia) yang menghubungi saya. Tapi saya fikir tak elok untuk saya dedahkan pasukan itu,” kata Nik Akif yang dihubungi Berita Harian.

Sebelumnya, persembahan cemerlang Shahrel Fikri Fauzi telah menuai pujian dari pelbagai pihak dan mereka berpendapat bermain di luar negara telah memantapkan lagi permainan bekas ketua pasukan PKNP FC ini.

Lantas, banyak pihak yang mencadangkan agar lebih ramai pemain negara beraksi di liga luar bagi memantapkan lagi mutu dan juga kualiti permainan seseorang pemain itu.

Bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan menyeru agar pemain tempatan mencontohi keberanian Shahrel yang mahu keluar dari zon selesa untuk beraksi bersama Nakhon Ratchasima FC dalam saingan Thai League 1.

Apa yang pasti, jika ada tawaran daripada pasukan luar negara, Nim Akif Syahiran tidak perlu berfikir panjang sekiranya pasukan tersebut boleh meningkatkan mutu dan kualiti permainan beliau.

Jika Nik Akif beraksi di luar negara pada usia yang cukup muda iaitu 19 tahun, maka beliau mempunyai banyak masa untuk belajar dan mengumpul sebanyak pengalaman yang boleh diperolehi.

Apa pendapat anda mengenai peluang Nik Akif Syahiran untuk beraksi di luar negara? Liga manakah yang sesuai untuk Nik Akif memperkemaskan corak permainan beliau?

Baca Juga: Kelantan Impikan Peringkat Suku Akhir – Yusri Che Lah

Leave a Reply