Sumber Gambar: Semuanya Bola

Selangor Champions League musim 2018 memulakan aksinya pada hujung minggu lalu dimana lapan perlawanan telah dilangsungkan pada minggu pertama. Di sini, kami rangkumkan keputusan daripada perlawanan minggu pertama.

Axis O2 PJ FC 1-2 Akademi Bola Sepak Merah Kuning(ABMK)

Juara bertahan Selangor Champions League ini dikejutkan oleh pendatang baharu, Akademi Bola Sepak Merah Kuning (ABMK) pada perlawanan pertama. Zulhilmi berjaya menjaringkan gol kemenangan ABMK pada separuh masa kedua.

Klang Southern FC 1-1 MPKJ FC

Klang Southern yang sudah tiga musim menyertai SCL diikat seri oleh pasukan MPKJ FC. How Eng Hua berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-26 sebelum disamakan oleh Fauzi Adnan.

NPNG FC Damansara Damai 2-1 Gombak Hypernova FT

Juara Selangor Super League ini berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk membenam cabaran Hombak Hypernova FT.

Klang Valley United 2-2 Cheras Raptors

KV United bermula dengan cemerlang apabila berada di hadapan seawal minit ketiga. Namun, kelalaian pada separuh masa kedua dihukum oleh Cheras Raptors dimana mereka menjaringkan dua gol sebelum Azzem Akeem menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit terakhir perlawanan.

Shah Alam Antlers 3-0 Banting Naga FC

Jaringan hatrik Muhammad Salihin Jamil berjaya memberikan permulaan sempurna buat Antlers.

Gombak FC 1-0 Puchong Fuerza

Pasukan yang dibarisi oleh rata-rata pemain muda, Gombak FC berjaya menewaskan Puchong Fuerza yang dibarisi oleh bekas pemain Selangor, Afiq Azmi dan Syamim Othman dengan keputusan 1-0 menerusi jaringan Raja Muhammad Iman Haikal Raja Radzmi pada separuh masa kedua.

Duta ZXIV 4-1 Kajang AZS

Penyerang import ZXIV, Medina Mbeguere mencuri tumpuan apabila beliau berjaya menampilkan aksi bertenaga dengan menjaringkan empat gol.

KRU Port Klang 5-0 Club Atletico De Bukit Jelutong

Jaringan hatrik berjaya diteruskan pada perlawanan antara KRU menentang CABJ dimana Rosedy Muslim menjaringkan tiga gol bagi melengkapkan malam gemilang KRU FC.

Itulah rangkuman keputusan untuk 8 perlawanan yang diadakan pada minggu pertama Selangor Champions League musim 2018.

Baca Juga: Undian Penuh Selangor Champions League 2018

Leave a Reply