Sumber Gambar: Undercreate

Primadona. Ya, itulah gelaran selayaknya diberikan kepada pemain yang merasakan dirinya lebih besar dari pasukan. Lazimnya primadona pasukan ini disayangi segelintir penyokong bermusim (seasonal fans) yang jarang-jarang mengambil tahu berita pasukan. Namun begitu beliau juga dibenci oleh penyokong tegar yang setia dibelakang pasukan yang tahu serba-serbi sama ada dari pasukan sehinggalah ke pemain dan jurulatih.

Sindrom pemain primadona ini tidak terhad kepada pemain import malah menjangkiti pemain tempatan juga. Lagaknya di dalam padang mahupon di luar  padang merasakan dirinya ‘superstar’ yang dah menang berpuluh kejohanan sama ada domestik atau luar akan tetapi beliau prestasi beliau hanyalah ditahap memuaskan sahaja. Pada hemat penulis, penulis menyalahkan kedua pihak iaitu pengurusan pasukan dan jurulatih pasukan. Pada aksi Premier League minggu lepas, pemain West Ham United iaitu Lucas Perez enggan memanaskan badan untuk masuk sebagai pemain gantian. Tak kurang juga di Malaysia apabila seorang pemain import sebuah pasukan berkelakuan demikian. Hal ini bukan sahaja merunsingkan jurulatih malah rakan sepasukan yang lain. Bayangkan, rakan sepasukan anda cedera dan pasukan anda ketinggalan anda berkelakuan seperti kebudak-budakan, ini akan menjejaskan malah merugikan pasukan anda sendiri.

Kadangkala aksi sang primadona di atas padang agak lesu. Jurulatih tidak berani mengambil risiko kerana risau ditekan sama ada oleh penyokong dan juga pengurusan pasukan. Jurulatih haruslah tegas dalam membuat keputusan. Pengurusan juga haruslah faham dan berikan kerjasama. Sekiranya beliau gagal mempamerkan aksi yang baik selepas beberapa perlawanan adalah molek sekiranya beliau ini direhatkan. Tak perlu ambil risiko. Penyokong juga haruslah mainkan peranan. Tak perlu puji melambung sekiranya beliau ni jadi penyelamat akan tetapi usahlah dimaki berbakul-bakul sekiranya beliau ini flopped. Buat rakan sepasukan buktikan anda lebih layak mengisi tempat beliau sekiranya diberi peluang. Ini sedikit sebanyak mewujudkan persaingan sihat secara tak langsung memberikan tekanan untuk sang primadona beraksi dengan lebih baik pada perlawanan akan datang.

Buat sang primadona pasukan, buktikanlah anda bukanlah seorang primadona tetapi seorang pemain bolasepak yang berkaliber. Buktikan di atas padang bukan jaguh dimedia sosial. Sudahlah dibayar gaji dengan mahal bila beraksi  agak lesu serupa tiada hala tuju. Ingatlah anda dibayar gaji. Anda boleh ditukar ganti bila mana masuknya jadual perpindahan atau tidak diberi lanjutan kontrak oleh pasukan sekirnya mereka mahukan begitu. Anda rasa anda tiada pengganti ? Anda rasa anda tidak akan dilupakan ? Hentikan sikap seperti primadona anda. Kami penyokong tak hairan kalau anda tiada dalam pasukan.

Baca Juga: Layakkah Mat Don Digelar Legenda Kedah?

 

 

Leave a Reply