Sumber Gambar: Nakhon Ratchasima FC

Khabar gembira datang daripada Thailand apabila penyerang skuad kebangsaan, Shahrel Fikri Fauzi berjaya menjaringkan gol pertama beliau buat Nakhon Ratchasima FC dalam saingan Thai League 1 musim 2018.

Shahrel berjaya menjaringkan gol ketika Nakhon Ratchasima mencatat keputusan seri 3-3 pada perlawanan menentang pasukan Prachuap FC semalam. Jaringan beliau pada separuh masa pertama meletakkan Nakhon di hadapan namun mereka gagal untuk mempertahankan kelebihan tersebut sekaligus mencatat keputusan seri.

Setakat ini, Shahrel telah menjaringkan dua gol buat Nakhon Ratchasima dimana gol pertama beliau hadir pada perlawanan Piala Raja Thai ketika Nakhon tuurn menentang Ranong United. Satu gol Shahrel berjaya membawa Nakhon ke peringkat separuh akhir dan berpeluang untuk memenangi kejuaraan pertama bersama Nakhon.

Gol pertama Shahrel dalam saingan Thai League 1 ini adalah satu suntikan semangat yang baik untuk beliau terus bekerja keras dalam memikat hati pengurusan Nakhon untuk mengekalkan beliau bagi saingan musim hadapan ataupun memikat pasukan lain untuk mendapatkan khidmat bekas ketua pasukan PKNP FC ini.

Sebelum ini, Eki menyuarakan hasrat untuk kekal beraksi di Thailand bagi mengembangkan lagi kemampuan beliau.

Nakhon Ratchasima akan turun menentang pasukan Chonburi FC pada perlawanan Thai League 1 seterusnya dan Shahrel Fikri dilihat mampu untuk menambah koleksi jaringan beliau sekiranya berjaya mengekalkan momentum semasa.

Apa pendapat anda mengenai jaringan pertama Shahrel Fikri Fauzi bagi pasukan Nakhon Ratchasima FC dalam saingan Thai League 1 musim 2018?

Mampukah Shahrel menambah koleksi jaringan beliau sekaligus mendapat kontrak baru bagi mengekalkannya dalam saingan Thai League 1 musim hadapan?

Baca Juga: Kena Berani Macam Shahrel – Wan Jamak Wan Hassan

Leave a Reply