Sumber Gambar: FourFourTwo

Tiada siapa menjangkakan Tajikistan yang dibelasah di perlawanan pembukaan, mampu melayakkan
diri ke pentas Piala Dunia B-17 buat kali kedua, bahkan sekarang menempah perlawanan akhir
bertemu Jepun – pentas akhir pertama mereka di Kejohanan AFC B-16.

Harapan negara untuk beraksi di Piala Dunia B-17 tertangguh, namun masih ada Piala Dunia B-20, di
mana Malaysia baru membuat sekali penampilan pada tahun 1997 sebagai tuan rumah (satu-satunya
penampilan Malaysia di mana-mana Piala Dunia). Jadi sebelum kita memasang impian untuk ke Piala
Dunia lagi, apa kata kita berkenalan dengan siri Piala Dunia dan Kejohanan AFC yang ada.

KEJOHANAN AFC B-14

Mula : 2014
Juara Bertahan : Iraq (2014)
Juara Terbanyak : Iraq (sekali)
Pencapaian Negara : tiada

Namun penulis tidak menemukan sebab kenapa kejohanan ini tidak diteruskan semula pada tahun
2017.

KEJOHANAN AFC B-16

Mula : 1985
Juara Bertahan : Iraq (2016)
Juara Terbanyak : Arab Saudi, China, Jepun, Oman, Korea Utara, Korea Selatan (2 kali)
Pencapaian ASEAN : Thailand (juara)
Pencapaian Negara : suku akhir (2014)

Malaysia menjadi tuan rumah edisi ke-18 tahun ini. Thailand sahaja negara ASEAN yang pernah
menjadi juara (1998). 3 tempat terbaik akan layak ke Piala Dunia B-17 (sebelum 1991 bernama Piala
Dunia B-16), namun kuota tersebut bertambah menjadi 4 pasukan pada tahun 2006.

PIALA DUNIA B-17

Mula : 1985
Juara Bertahan : England (2017)
Juara Terbanyak : Nigeria (5 kali)
Pencapaian Asia Terbaik : Arab Saudi (juara, 1989)
Pencapaian ASEAN : Thailand (peringkat kumpulan, 1997 dan 1999)
Pencapaian Negara : tiada

Satu perkara yang unik, apabila negara Asia yang pernah sampai ke separuh akhir adalah negaranegara
dari rantau Arab (Arab Saudi, Bahrain, Qatar dan Oman). Hanya Thailand sahaja pernah layak
ke Piala Dunia B-17 ini, namun terkandas di peringkat kumpulan.

KEJOHANAN AFC B-19

Mula : 1959
Juara Bertahan : Jepun (2017)
Juara Terbanyak : Korea Selatan (12 kali)
Pencapaian ASEAN : Indonesia, Myanmar, Thailand (juara)
Pencapaian Negara : naib juara (1959, 1960 dan 1968)

Pada mulanya, ianya diadakan setahun sekali, sehingga pada edisi 1978 di Bangladesh, ianya diadakan dua tahun sekali sehingga sekarang. Indonesia bakal menjadi tuan rumah pada bulan ini. Negara ASEAN yang pernah menjadi juara adalah Myanmar (7 kali), Thailand (2) dan Indonesia (1).

Juara dan naib juara akan layak ke Piala Dunia B-20, namun bermula edisi 1996, pasukan yang layak ke separuh akhir AFC B-19 akan layak secara automatik ke Piala Dunia B-20.

PIALA DUNIA B-20

Mula : 1977
Juara Bertahan : England (2017)
Juara Terbanyak : Argentina (6 kali)
Pencapaian Asia Terbaik : Jepun dan Qatar (naib juara)
Pencapaian ASEAN : Indonesia, Malaysia, Myanmar, Thailand (peringkat kumpulan)
Pencapaian Negara : peringkat kumpulan (1997)

Satu-satunya penampilan negara di pentas Piala Dunia, namun ianya sebagai tuan rumah. Selain
Malaysia, negara ASEAN lain yang pernah masuk adalah Indonesia (1979), Myanmar (2015) dan
Vietnam (2017), dan negara-negara tersebut juga terkandas di peringkat kumpulan.

KEJOHANAN AFC B-23

Mula : 2014
Juara Bertahan : Uzbekistan (2018)
Juara Terbanyak : Iraq, Jepun, Uzbekistan (sekali)
Pencapaian ASEAN : Vietnam (naib juara)
Pencapaian Negara : suku akhir (2014)

Pada edisi pertama sahaja, had umur ditetapkan sebagai 22 tahun, sebelum dinaikkan kepada 23 tahun. 3 tempat terbaik kejohanan akan layak ke sukan Olimpik tahun tersebut, memandangkan tiada
Piala Dunia bagi peringkat umur tersebut. Memandangkan edisi 2014 dan 2018 tiada sukan Olimpik
diadakan, maka kuota tersebut dibawa ke edisi seterusnya (2016 dan 2020).

Jadi penyokong Malaysia, dah kenal semua kejohanan ini, maka bersiap sedia untuk menyokong
mereka nanti sekiranya mereka layak. Jangan hanya berkokok ketika cerah, di saat malam terus
berdiam. Jangan hanya menyokong ketika bangun, di saat jatuh terus mengutuk.

Nota: Artikel ini ditulis oleh Saudara Ariff Ansaruddin. Beliau merupakan tenaga pengajar di salah sebuah institut pengajian awam (UKM Bangi) dan pernah menuntut di Universitas Indonesia, penyokong Negeri Sembilan FA dan UKM FC.

Baca Juga: Aidil Shahrin Diburu Dua Pasukan Liga Malaysia

Leave a Reply