Sumber Gambar: Terengganu FC

Kelab Penyokong Bolasepak Negeri Terengganu (PETEH) tidak kejadian pada 2015 lalu dimana penyokong merusuh di stadium terjadi lagi apabila Terengganu FC akan menerima kunjungan Johor Darul Ta’zim pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2018 di laman sendiri malam ini.

Perkara ini disuarakan oleh Presiden PETEH, Dr Najmil Faiz Mohamed Aris yang mahukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menyenaraikan pengadil berwibawa bagi mengadili perlawanan malam ini untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

“Semoga tragedi penonton merusuh kerana tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan pada 16 Mei 2015 tidak berulang lagi, ini harapan kami.

“Justeru kami merayu kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) menyenaraikan pengadil yang bakal bertugas dalam perlawanan itu adalah mereka yang berwibawa dan profesional serta tidak berat sebelah bagi mengelak mana-mana pasukan teraniaya.

“Lebih penting pengadil mampu membuat keputusan yang bijak serta tepat dalam sesuatu situasi serta adil dan tidak ikut emosi bagi mengelak peristiwa pahit itu kembali berlaku,” kata beliau kepada Berita Harian.

Pada perlawanan separuh akhir kedua saingan Piala FA antara Terengganu FC menentang Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak pada 2015 lalu, penyokong Terengganu mengamuk kerana tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan yang dilihat berat sebelah.

Mereka kemudiannya merusuh dengan membakar ambulans, membaling mercun serta memecahkan pintu cermin stadium sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan keadaan ketika itu.

Dr. Najmil juga berharap para penyokong dapat menjaga perangai mereka malam ini dan tidak melakukan sebarang provokasi yang nantinya akan merugikan pasukan sendiri. Hal ini dipercayai boleh menjejaskan peluang pasukan untuk memenangi trofi berprestij dalam saingan Liga Malaysia.

Dalam masa yang sama, Dr. Najmil turut mahukan para pemain serta barisan kejurulatihan pasuka Terengganu FC untuk mengabaikan sebarang spekulasi dan memberikan fokus sepenuhnya dalam usaha memburu trofi Piala Malaysia edisi 2018.

Baca Juga: Peluang Johor Darul Ta’zim Cari Bekalan Selesa

Leave a Reply