Sumber Gambar: Felda United

Melaka United masih lagi belum mengalah dalam usaha mereka untuk mencari jurulatih baharu bagi menghadapi saingan musim 2019. Setelah usaha mendapatkan Abu Bakar Fadzim gagal, kini Melaka cuba untuk mendapatkan bekas pemain Selangor, Nidzam Jamil.

Nidzam kini menjadi penolong jurulatih kepada B.Sathianathan di Felda United. Ketika digubungi Berita Harian, Nidzam enggan mengulas dengan lebih lanjut tentang perkara ini.

“Buat masa sekarang saya tak boleh nak kata betul atau tidak (menerima tawaran MU) kerana saya masih lagi memiliki kontrak dengan FELDA hingga November ini.

“Lagipun, saya masih menunggu perancangan pengurusan FELDA untuk musim depan. Kalau tanya saya, memang agak sayang nak tinggalkan pasukan sebab kami sudah mengharungi musim ini dengan cemerlang sekali hingga berjaya menjuarai Liga Perdana.

“Malah, pada musim depan kami akan membuat penampilan semula di Liga Super. Apapun, saya perlu menghormati kontrak yang ada sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan saya,” kata Nidzam.

Bekas pemain pertahanan pasukan Selangor ini sebelumnya mempunyai pengalaman membimbing beberapa pasukan dalam saingan Liga Malaysia. Kejayaan pertama Nidzam ialah beliau berjaya membimbing SPA FC muncul juara Piala FAM musim 2012.

Selain muncul juara Piala FAM, SPA berjaya muncul dalam kalangan lapan pasukan terbaik Piala FA edisi 2012 dimana mereka mara sehingga ke peringkat suku akhir namun tewas kepada pasukan Kelantan.

Selain membimbing SPA FC selama tiga musim, Nidzam juga pernah membimbing AirAsia FC (2015-2016) dan Pasukan Bolasepak Universiti Malaysia (2016) yang bertanding di dalam Kejohanan Universiti Dunia di Taiwan, sebelum memilih untuk menyertai kem Sathianathan di FELDA United sebagai penolong jurulatih sejak dua musim lalu.

Nidzam Jamil dicanang sebagai antara jurulatih muda terbaik dalam negara ketika ini. Jika beliau dilantik sebagai ketua jurulatih Melaka United yang baru, maka ianya akan menjadi cabaran yyyang tersendiri bagi Nidzam.

Apa pendapat anda mengenai hasrat Melaka United yang mahu membawa masuk Nidzam Jamil untuk dijadikan sebagai ketua jurulatih pasukan yang baru ? Adakah Nidzam individu yang sesuai untuk mengemudi Melaka ?

Baca Juga: NFDP Sepatutnya Lebih Proaktif

Leave a Reply