Sumber Gambar: MFL

Pasukan Perak membawa bekalan selesa menuju ke perlawanan separuh akhir kedua di Likas apabila mereka membelasah pasukan Sabah dengan keputusan 5-0 pada perlawanan separuh akhir pertama semalam.

Tampil di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri nyata memberikan semangat yang berbeza kepada pemain Perak. Nor Hakim Hassan membuka tirai jaringan pada minit ke-17 menerusi satu penyudah yang baik. Hakim kemudiannya membantu Wander Luiz dalam menjaringkan gol kedua Perak.

Berada dua gol di belakang, Sabah cuba bangkit namun segala percubaa mereka berjaya dihalang oleh benteng pertahanan Perak. Separuh masa pertama tamat dengan pasukan bimbingan Mehmet Durakovic berada di hadapan.

Memasuki separuh masa kedua, Perak berjaya mengekalkan momentum pada separuh masa pertama dan menambah tiga lagi gol menerusi jaringan Gilmar Da Silva pada minit ke-71. Pemain yang kembali daripada penggantungan, Firdaus Saiyadi menjaringkan gol keempat Perak sebelum pemain tengah, Leandro Dos Santos melengkapkan malam gemilang Perak dengan gol kelima pasukan.

Pemain sayap Perak, Nor Hakim wajar diangkat sebagai wira kerana kecemerlangan beliau dengan menyumbang tiga assist berjaya meletakkan Perak dalam kedudukan selesa.

Dengan kemenangan besar ini, Perak kini berada selangkah lagi dengan perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 setelah kali terakhir mereka melangkah ke perlawanan akhir ialah pada edisi 2007. Namun, ketika itu mereka tewas kepada pasukan Kedah.

Bagi pasukan Sabah pula, mereka bakal berdepan tugas berat di Likas bagi memadam kelebihan yang dimiliki oleh Perak. Ketumpulan di bahagian serangan pada perlawanan semalam nyata membawa pada buat Sabah.

Perlawanan separuh akhir kedua antara Perak dan Sabah akan dilangsungkan pada 21 Oktober ini.

Apa pendapat anda mengenai kemenangan besar ke atas pasukan Sabah pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysi edisi 2018 ? Mampukah Perak mempertahankanbekalan 5 gol yang diperolehi pada perlawanan pertama ?

Atau Sabah bakal menampilkan kebangkitan sekaligus memadam kelebihan yang dimiliki pasukan lawan dan melangkah ke perlawanan akhir buat kali pertama sejak 2003 ?

Baca Juga: Terengganu FC Bawa Bekalan Satu Gol Ke Larkin

Leave a Reply