Sumber Gambar: mStar

Setelah melantik Aidil Shahrin sebagai ketua jurulatih pasukan yang baru, kini nasib 5 pemain import pasukan Kedah menjadi tanda tanya sama ada mereka digantikan atau ada yang dikekalkan bagi saingan musim hadapan.

Sebelum ini, pemain import dari Brazil, Sandro Da Silva mengesahkan bahawa musim 2018 adalah musim terakhir beliau bersama Kedah sejak menyertai pasukan tersebut pada pertengahan musim 2015.

Empat lagi pemain import iaitu Liridon Krasniqi, Andik Vermansah, Paulo Rangel dan Alvaro Silva masih lagi belum jelas status mereka sama ada Aidil mahu menggunakan khidmat mereka ataupun membawa masuk pemain import baru.

Andik Vermansah, Paulo Rangel dan Alvaro Silva menampilkan prestasi yang tidak menentu bagi pasukan Kedah dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Meskipun bertukar jurulatih sebanyak tiga kali, namun ketiga-tiga pemain ini masih lagi gagal untuk menampilkan permainan terbaik mereka.

Bagi Liridon Krasniqi pula, masa depan beliau bersama Kedah masih lagi menjadi tanda tanya setelah kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram milik beliau bulan lalu. Liridon menggelarkan di sebagai legenda pasukan serta menyelar bekas jurulatih pasukan, Nidzam Adzha Yusoff dengan gelaran pengecut.

Kenyataan Liridon itu tidak disenangi oleh peminat setia pasukan dan Nidzam Adza sendiri terkejut dengan kenyataan Liridon Krasniqi mengenai beliau.

Apa yang pasti, semua pihak harus menunggu kenyataan daripada KFA dan juga Aidil Shahrin sendiri mengenai nasib kelima-lima pemain import ini sama ada khidmat mereka perlu dikekalkan ataupun tidak.

Jika dilihat kepada keadaan semasa, Kedah sememangnya perlukan pembaharuan dari segi pemain import bagi memastikan mereka kembali menjadi pasukan pencabar kejuaraan musim hadapan. Ini kerana pemain import sedia ada dilihat tidak cukup baik untuk membawa cabaran pasukan pada musim hadapan.

Apa pendapat anda mengenai 5 pemain import pasukan Kedah setelah Aidil Shahrin dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan yang baru ? Adakah mereka wajar untuk dikekalkan ?

Atau Kedah perlu mencari pemain import yang baru ?

Baca Juga: Aidil Shahrin Ketua Jurulatih Kedah Yang Baru

Leave a Reply