Sumber Gambar: Pahang FA

Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) masih lagi berteka-teki mengenai pelepasan pemain sayap mereka, Mohamadou Sumareh untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka dan Kyrgyztan pada 12 dan 18 Oktober nanti.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, pihaknya juga belum mengadakan perbincangan bagi melepaskan pemain kelahiran Gambia itu untuk menyertai pasukan negara.

“Kita tidak dapat rasmi lagi, mungkin itu cakap-cakap (pelepasan Sumareh) dan kita akan berbincang di peringkat majlis,” katanya kepada Utusan.

Ketiadaan Sumareh dalam kem latihan pusat skuad kebangsaan nyata menimbulkan tanda tanya dikalangan peminat bola sepak tanah air. Ini kerana rata-rata peminat mahu melihat aksi Sumareh buat kali pertama bersama pasukan negara.

Ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe sebelumnya berharap Sumareh dapat segera menyertai kem latihan pusat dengan segera dan memulakan latihan bersama rakan sepasukan yang telah melaporkan diri.

Sumareh akhirnya dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan sebagai persiapan untuk menghadapi pasukan Sri Lanka dan Kyrgyztan bulan ini. Setelah sekian lama para peminat menunggu, akhirnya pemain yang mendapat kerakyatan Malaysia pada April lalu ini dipanggil sekaligus dapat mengukuhkan lagi barisan serangan pasukan kebangsaan.

Apa yang pasti, PBNP tdiak boleh terus bersikap berteka-teki mengenai pelepasan Mohamadou Sumareh untuk menyertai kem latihan pasukan kebangsaan. Ini kerana penting untuk Sumareh mula berlatih bersama rakan sepasukan yang lain bagi membentuk satu persefahaman dan keserasian yang baik.

Apatah lagi dengan ketiadaan pemain sayap utama, Safawi Rasid dalam pasukan kali ini membuatkan Sumareh wajib berada dalam pasukan bagi mengisi kekosongan tersebut.

Baca Juga: Kemana Hilangnya Mohamadou Sumareh

Leave a Reply