Sumber Gambar: Perak TBG

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe terpaksa melupakan khidmat tiga pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan. Tiga pemain tersebut ialah Nor Hakim Hassan, Akram Mahinan dan Rawilson Batuil terpaksa dilepaskan kerana mengalami kecederaan.

Nor Hakim dan Rawilson baru sahaja menyertai kem latihan pusat setelah membantu pasukan Perak dan Sabah beraksi dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2018. Berkemungkinan besar kedua-dua pemain ini mengalami kecederaan ketika perlawanan di Ipoh Ahad lalu.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih lagi belum mengumumkan pemain mana yang akan dijadikan pengganti kepada tiga pemain yang dilepaskan ini. Jika FAM mahu mencari pengganti, ada beberapa nama yang boleh dipanggil oleh mereka.

Nama seperti Nazmi Faiz Mansor, Syawal Nordin, Syahrul Azwari, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan R.Kogileswaran boleh dipertimbangkan memandangkan mereka pernah beraksi bersama skuad kebangsaan.

Pada masa yang sama, kelibat pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh sudah kelihatan apabila beliau menyertai sesi latihan pasukan yang berlangsung pada pagi tadi. Sebelumnya, ketiadaan Sumareh dalam sesi latihan pasukan pasukan negara mengundang tanda tanya peminat.

Namun, setelah mendapatkan pelepasan daripada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP), kini peminat dan juga Tan Cheng Hoe sendiri boleh menarik nafas lega dna beliau boleh menguji pemain berusia 26 tahun ini.

Apa yang pasti, FAM perlu segera mencari pengganti kepada tiga pemain yang dilepaskan sebelum berlepas ke Colombo bagi memberikan Tan Cheng Hoe lebih ramai pilihan pemain yang boleh digunakan pada Jumaat ini.

Setelah menghadapi Sri Lanka, pasukan negara akan turun menentang pasukan Kyrgyztan di Stadium Hang Jebat pada 18 Oktober ini.

Baca Juga: Siapa Yang Akan Membarisi Benteng Pertahanan ?

Leave a Reply