Sumber Gambar: FAM

Skuad Harimau Malaya berjaya meneruskan rentak kemenangan apabila berjaya menewaskan pasukan Sri Lanka dengan keputusan 4-1 sebentar tadi.

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan beraksi dengan seimbang apabila masing-masing mencuba untuk menembusi benteng pertahanan pasukan lawan dengan melakukan beberapa percubaan. Namun, pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan apabila Asela Madushan memanfaatkan bola yang gagal ditangkap oleh penjaga gol pasukan negara, Hafizul Hakim.

Pemain negara meningkatkan usaha untuk mencari gol penyamaan namun benteng Sri Lanka tenang menafikan percubaan pemain negara. Separuh masa pertama tamat dengan Sri Lanka berada di hadapan.

Memasuki separuh masa kedua, ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe melakukan beberapa pertukaran dengan memasukkan pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh bagu memperkemaskan lagi barisan serangan pasukan. Sumareh serta-merta mencipta impak dimana pergerakan beliau menyukarkan pertahanan Sri Lanka untuk mengawal beliau.

Memasuki minit ke-65, Harimau Malaya berjaya menyamakan kedudukan apabila Norshahrul Idlan Talaha tenang menolak masuk bola setelah penjaga gol Sri Lanka gagal untuk menangkap bola dengan kemas.

Setelah menjaringkan gol penyamaan, pemain negara tidak menoleh ke belakang dan berjaya menjaringkan gol kedua menerusi tandukan Adam Nor Azlin hasil daripada hantaran sepakan penjuru yang diambil oleh Syazwan Andik.

Mohamadou Sumareh kemudiannya berjaya menjaringkan gol pertama buat pasukan negara apabila percubaan beliau gagal untuk dihalang oleh barisan pertahanan lawan. Sumareh kemudiannya menjaringkan gol kedua pada minit-minit terakhir perlawanan apabila beliau tidak dikawal di dalam kotak penalti Sri Lanka.

Meskipun bergelut para mulanya, namun pasukan kebangsaan berjaya untuk bangkit dengan mengambil kesempatan di atas keletihan pemain lawan pada separuh masa kedua.

Persembahan Mohamadou Sumareh juga menepati jangkaan apabila pergerakan beliau berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan lawan.

Apa pendapat anda mengenai kemenangan pasukan negara ke atas pasukan Sri Lanka sebentar tadi? Bahagian manakah yang perlu diperbaiki oleh Tan Cheng Hoe menjelang perlawanan menentang Kyrgyzstan pada 18 Oktober nanti?

Baca Juga: Tan Cheng Hoe Harap Sumareh Tampilkan Aksi Terbaik

Leave a Reply