Sumber Gambar: MFL

Iflix, penyedia khidmat hiburan terulung dunia untuk pasaran membangun, dengan bangganya akan membawakan perlawanan akhir Piala Cabaran 2018 yang julung kali diadakan di antara UKM FC dan Terengganu FC II secara percuma kepada peminat bola di Malaysia.

Bahagian kedua perlawanan akhir di antara UKM FC dan Terengganu FC II akan berlangsung pada Isnin, 15 Oktober, dimulakan dengan ulasan perlawanan pada jam 8 malam, diikuti dengan sepak mula pada jam 8.15 malam.

Penonton iflix bakal dapat menyaksikan perlawanan akhir Piala Cabaran ini secara langsung dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, secara maya terus dari tempat duduk hadapan.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memperkenalkan Piala Cabaran pada tahun ini, dengan 8 pasukan mengambil bahagian di dalam perlawanan yang bermula pada 7 Ogos lalu. Pasukan yang bertanding terdiri dari satu pasukan dari unifi Liga Super dan tujuh pasukan Liga Premier 100PLUS, yang tidak dapat melayakkan diri untuk unifi Piala Malaysia. Ini sebagai langkah untuk menjadikan pasukan-pasukan ini lebih kompetetif.

Pengurus untuk iflix Malaysia & Brunei, Diana Boo berkata: “Kami begitu teruja untuk menyiarkan perlawanan akhir yang pertama untuk Piala Cabaran Malaysia secara langsung di iflix dengan percuma. Piala Cabaran ini adalah tambahan terbaik untuk arena Bolasepak Malaysia.”

“Kami bangga kerana dapat memberi sokongan untuk pasukan-pasukan di Piala Cabaran dengan membawakan perlawanan ini ke capaian penonton yang lebih meluas di seluruh Malaysia.”

Diana Boo, Pengurus untuk iflix Malaysia & Brunei

Sumber Gambar: Iflix

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata:”Kita telah saksikan perlawanan yang hebat setakat ini, dengan sokongan padu dari pasukan yang bertanding. Kejohanan ini akan membantu meningkatkan lagi daya saing antara kesemua pasukan di unifi Liga Super, dengan memberikan mereka peluang bertarung dengan jumlah perlawanan yang sama dalam tempoh setahun, supaya mereka kekal aktif sehingga tamat musim.”

“Secara teknikal dan komersial nya, ini penting untuk kejayaan pada jangka masa panjang bagi sesebuah pasukan. Kami percaya populariti Piala Cabaran akan meningkat dalam masa terdekat dan ianya bakal menjadi sebahagian dari kalendar tahunan sesebuah pasukan itu.”

Terengganu FC II mempunyai kelebihan 2 gol semasa bertandang ke UKM FC, di Stadium Shah Alam pada Isnin, 8 Oktober, berakhir dengan keputusan 2-2.

UKM FC adalah pasukan pendahulu, dengan 18 gol dari sembilan perlawanan. Kapten UKM FC, Micheal Ijezie adalah penjaring terbanyak dengan 13 jaringan dari sembilan perlawanan, termasuk lima gol dari perlawanan pembukaan menentang Sarawak. Sementara itu, Terengganu FC II menjaringkan sejumlah 17 gol dalam kejohanan ini.

Kapten UKM FC Asnan Ahmad berkata, “Ini adalah penghormatan dalam membawa cabaran pasukan wakil dari Universiti ke peringkat akhir dalam perlawanan pertama Piala Cabaran.”

Asnan Ahmad

Sumber Gambar: Iflix

Sementara kapten Terengganu FC II, Hasbullah Awang berkata,”Kami telah lalui musim penuh cabaran, tapi fokus utama kami adalah untuk memenangi Piala Cabaran.”

Hasbulah Awang

Sumber Gambar: Iflix

Kini boleh diakses oleh lebih satu billion pengguna di seluruh Asia, Timur Tengah dan Afrika, iflix telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran penstriman video. Menawarkan pengguna dengan senarai tontonan yang pelbagai dari Hollywood, rancangan TV dan filem tempatan, tayangan ekslusif serta program-program yang memenangi anugerah, setiap langganan boleh diakses ke 5 peranti yang berlainan termasuklah telefon bimbit, komputer, tablet dan set televisyen untuk distrim pada bila-bila masa, dimana sahaja.

Baca Juga: Berikan Iflix Peluang!

Leave a Reply