Skuad kebangsaan akan turun menentang pasukan Sri Lanka dalam satu perlawanan persahabatan hari ini dimana perlawanan tersebut akan diadakan di Stadium Sugathadasa. Di sini, kami senaraikan ramalan kami mengenai kesebelasan utama yang mungkin diturunkan oleh Tan Cheng Hoe malam ini.

1. Khairul Fahmi Che Mat

Sumber Gambar: MUSA

Khairul Fahmi beraksi dengan cemerlang ketika perlawanan menentang Kemboja bulan lalu. Beliau berjaya menafikan beberapa percubaan berbahaya daripada pemain lawan sekaligus membantu kemenangan pasukan negara.

2. Matthew Davies

Sumber Gambar: Foxsport Asia

Setelah tidak beraksi bersama skuad bawah 23 tahun di Sukan Asia 2018 dan pasukan senior pada dua perlawanan persahabatan terakhir, Davies akhirnya mendapat pelepasan daripada PBNP dan menyertai skuad kali ini.

Beliau dijangka akan kembali mengisi posisi right back pasukan negara malam ini.

3. Irfan Zakaria

Photo by Mohd Shahrizal / MASOC

Dengan ketiadaan Rawilson Batuil yang terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan, Irfan dijangka kembali mengisi posisi pertahanan tengah pasukan negara.

4. Shahrul Saad

Sumber Gambar: Goal.com

Shahrul menampilkan persembahan yang cemerlang apabila beliau diturunkan dalam kesebelasan utama. Gandingan beliau dengan Irfan Zakaria dilihat satu gandingan ideal bagi menyekat kemaraan pemain Sri Lanka.

5. Syazwan Andik

Sumber Gambar: FAM

Syazwan Andik berjaya menjaringkan satu gol ketika Malaysia menewaskan pasukan Kemboja dengan keputusan 3-1. Pemain Kuala Lumpur ini beraksi dengan baik apabila dimasukkan pada separuh masa kedua.

6. Azzizan Nordin

Sumber Gambar: Sabah FA

Azzizan menampilkan satu persembahan yang bertenaga pada debut beliau bersama pasukan negara pada perlawanan menentang Kemboja bulan lalu. Perlawanan malam ini boleh dijadikan sebagai medan untuk menguji Azzizan dengan lebih lanjut.

7. Mahali Jasuli

Sumber Gambar: Stadium.my

Ketiadaan beberapa pemain utama di bahagian tengah seperti Akram Mahinan dan Nazmi Faiz Mansor membuatkan Mahali menjadi pemain yang sesuai untuk menggantikan mereka. Mampu untuk beraksi di pelbagai posisi merupakan kelebihan buat Mahali.

8. Nik Akif Syahiran

Sumber Gambar: Goal.com

Nik Akif mempunyai tahun yang hebat dimana beliau berjaya membantu skuad bawah 19 tahun menjuarai AFF Bawah 19 dan kemudiannya tampil bersama pasukan senior. Perlawanan malam ini boleh digunakan oleh Nik Akif untuk memikat hati Tan Cheng Hoe.

9. Mohamadou Sumareh

Sumber Gambar: FAM

Pemain yang satu ini sudah pasti bakal diturunkan dalam kesebelasna utama pasukan negara malam ini. Menarik untuk kita saksikan bagaimana aksi sulung Sumareh bersama skuad kebangsaan.

10. Shahrel Fikri

Sumber Gambar: Nakhon Ratchasima

Shahrel Fikri menjad kunci utama kemenangan pasukan negara pada perlawanan antarabangsa terakhir. Tidak mustahil beliau bakal dikekalkan dalam kesebelasan utama pasukan negara malam ini.

11. Akhyar Rashid.

Sumber Gambar: FAM

Sama seperti Nik Akif, Akhyar mempunyai tahun yang baik apabila beliau tampil bersama pasukan muda dan juga senior negara. Tan Cheng Hoe sudah pasti menagih kelincahan pemain sayap Kedah ini pada perlawanan menentang Sri Lanka.

Itulah ramalan kami mengenai kesebelasan utama yang mungkin diturunkan oleh Tan Cheng Hoe pada perlawanan malam ini. Apa yang pasti, pemain yang diturunkan perlu menampilkan persembahan terbaik mereka bagi memastikan Harimau Malaya meneruskan rentak kemenangan.

Baca Juga: Peluang Apek Kukuhkan Kedudukan

Leave a Reply