Sumber Gambar: Terengganu FC

Langkah yang diambil oleh Malaysia Football League (MFL) iaitu pembatalan peraturan 18 berkaitan syarat pendaftaran pemain asing disambut baik oleh pengurusan pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia. Di sini, pasukan yang bertanding harus lebih bijak dalam memanfaatkan pembatalan ini.

Sebelum ini, pasukan yang bertanding perlu mengikuti syarat yang ditetapkan dalam Manual Liga Malaysia jika mereka mahu membawa masuk pemain asing. Hanya pemain import dari Liga yang diiktiraf sahaja boleh dibawa masuk dan didaftarkan.

Kini, dengan pembatalan peraturan 18, mereka bebas untuk membawa pemain asing dari mana-mana peringkat dan juga Liga.

Meskipun bebas untuk berbuat demikian, pengurusan pasukan perlu lebih giat dalam melakukan kerja souting dalam mencari pemain import yang menepati kehendak jurulatih. Mereka perlu menggali dengan lebih dalam jika mahu mencari pemain import yang mempunyai kualiti baik tetapi beraksi dalam Liga yang lebih rendah.

Pengurusan pasukan perlu lebih berhati-hati dalam memilih pemain yang akan dibawa masuk. Meskipun mereka bebas untuk membawa masuk pemain import, namun pemain yang dibawa masuk perlu mempunyai kualiti dan sesuai dengan corak permainan yang diterapkan oleh jurulatih.

Seterusnya, pasukan perlu berbelanja mengikut kemampuan. Perkara ini adalah perkara paling mudah namun sering terlepas pandang oleh pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia. Sebelum mengambil pemain import, pengurusan pasukan perlu melihat kepada kantung kewangan terlebih dahulu.

Mereka perlu melihat sama ada mampu untuk membayar yuran perpindahan pemain yang mahu dibawa masuk. Jika tidak mampu, cari pemain lain yang sesuai dengan kewangan anda.

Apa yang pasti, pembatalan peraturan 18 yang diputuskan oleh MFL ini diharapkan dapat membantu pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia untuk menguruskan kewangan mereka dengan lebih bijak.

Pada masa yang sama, pasukan juga boleh menjana kewangan dengan menjual pemain mereka kepada pasukan lain yang berminat. Perkara ini akan menjadi sumber dana tambahan buat pasukan selain mengharapkan dana daripada penaja.

Baca Juga: 5 Pemain Yang Wajar Diberi Peluang Untuk Tampil

Leave a Reply