Sumber Gambar: Kelantan FA

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) semakin terdesak untuk mendapatkan lesen bagi membolehkan mereka beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Nasib KAFA seperti sudah jatuh ditimpa tangga dan berada dalam keadaan yang lebih terdesak apabila ada beberapa pemain pasukan yang mengemukakan saman terhadap badan induk itu selepas gagal melunaskan tunggakan hutang lama membabitkan soal gaji.

Saman yang dikemukakan menjadikan kantung kewangan KAFA semakin menipis untuk melunaskan hutang selain membuat persediaan mengharungi saingan Liga Malaysia 2019 nanti. Bibi juga merasa hairan dengan saman tersebut kerana sebelum ini pemain tidak pernah mengemukakan saman meskipun ada masalah gaji.

“Kita hairan ada sebelum ini pemain dua tahun tidak bayar gaji namun tidak pernah membuat laporan, tetapi kini beria-ria mahu membuatnya.

“Ketika ini, Kafa sedaya upaya berusaha untuk mendapatkan lesen kalab namun pada masa yang sama perlu menyelesaikan hutang lapuk pemain seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya kepada Utusan.

Pada 14 Oktober lalu, Utusan Malaysia melaporkan KAFA perlu menyelesaikan tunggakan gaji sebanyak RM500,000 dan jumlah tersebut perlu segera diselesaikan.

Hutang itu, melibatkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Socso).

Kesemua perkara itu perlu segera dilunaskan oleh Bibi Ramjani untuk memastikan Kelantan mendapat lesen daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas ia ditolak oleh badan induk.

Laman media sosial Kelantan kemudiannya menjelaskan sebab utama KAFA masih lagi belum menerima lesen daripada FAM.

Menurut kenyataan di atas, meskipun KAFA telah berjaya menyelesaikan 70% hutang persatuan, namun mereka perlu melunaskan gaji tiga bekas pemain dan pegawai pasukan.

Jika Kelantan gagal untuk mendapatkan lesen, maka mereka tidak dibenarkan untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana musim hadapan.

Baca Juga: 11 Pasukan Berjaya Dapatkan Lesen

Leave a Reply