Sumber Gambar: FC Penang

Tunggakan gaji pemain Pulau Pinang yang dikhabarkan selama lima bulan itu masih lagi belum selesai walaupun persatuan tersebut kini diterajui oleh pengurusan yang baru.

Seorang pemain Pulau Pinang yang eggan diketahui namanya berkata tunggakan gaji tersebut nyata menghimpit kehidupan pemain apabila ada yang dihalau pemilik rumah ekoran kegagalan membayar sewa selain ada dikejar pihak bank yang menuntut pembayaran bulanan kereta.

Tambah pemain itu, FAP seolah-olah mahu melepaskan tangan apabila gagal dihubungi biarpun berjanji akan menyelesaikan segala tunggakan itu pada Khamis.

“Pada dua minggu lalu, pihak pengurusan ada memanggil dan kami berunding secara baik. Kalau ikutkan, tunggakan sebenar adalah enam bulan setengah tetapi mereka (PFA) hanya boleh bayar untuk lima bulan saja.

“Kata mereka, jika kami inginkan gaji, mereka cuma boleh bayar lima bulan. Jadi kami semua (pemain Pulau Pinang) setuju dan mereka berjanji nak selesaikan pada 18 Oktober iaitu semalam.

“Tapi bila kami hubungi, mereka buat tak tahu dan hilang begitu saja. Paling geram, mesej (WhatsApp) bertanda biru sudah dibaca namun senyap tanpa rasa bersalah,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Pulau Pinang beraksi dengan buruk pada saingan Liga Perdana musim ini dimana merekq hampir saja tersingkir ke Liga FAM musim hadapan.

Tambah pemain itu, beliau menyesalkan tindakan FAP yang sudah melakukan persiapan bagi menghadapi saingan musim hadapan namun mereka masih lagi gagal untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain.

Apa yang pasti, FAP perlu segera menyelesaikan tunggakan gaji pemain mereka kerana masalah ini sudah mula mempengaruhi kehidupan peribadi pemain.

Pengurusan baru FAP perlu membuktikan bahawa mereka adalah orang yang tepat untuk memimpin persatuan itu dengan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

Baca Juga: Felcra FC Sah Dibubarkan

Leave a Reply