Sumber Gambar: Tajikistan FA

Pemain Tajikistan memakai jersi nombor 20, Ziyovuddin Fuzaylov yang mengalami kecederaan serius ketika dikasari oleh Nabil Hakim pada perlawanan semalam disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Tajikistan dimana beliau tidak mengalami patah tulang kaki.

Dari keputusan imbasan ujian MRI yang dijalankan, Ziyovuddin mengalami ankle dislocation dan tiada sebarang keretakan berlaku pada tulang kaki (tibia dan fibula) beliau.

Hasil daripada ujian MRI yang dijalankan ke atas Ziyovuddin telah dimuat naik oleh Persatuan Bola Sepak Tajikistan di laman media sosial mereka semalam.

Pada minit-minit akhir permainan, Nabil Hakim cuba merebut bola daripada kaki pemain lawan namun cubaan beliau terkena kaki Ziyovuddin Fuzaylov sekaligus menyebabkan pemain Tajikistan ini mengalami kecederaan serius. Nabil kemudiannya dilayangkan kad merah di atas tindakan beliau.


Sumber Video: Vulp TV

Menurut Persatuan Bola Sepak Tajikistan lagi, doktor telah mengesahkan Ziyovuddin akan mengambil masa sekitar dua hingga tiga bulan untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan. Ziyovuddin turut memberikan kata-kata semangat buat rakan sepasukan menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Arab Saudi.

Setelah perlawanan tamat, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut mengucapkan takziah dan mendoakan Ziyofuddin segera pulih daripada kecederaan yang dialami.

Perlawanan diantara Tajikistan menentang Malaysia tamat dengan keputusan seri 2-2. Kedua-dua pasukan masih lagi berpeluang untuk mara ke pusingan kalah mati temasya AFC Bawah 19 Tahun.

Baca Juga: Peluang Ke Peringkat Kalah Mati Masih Terbuka

Leave a Reply