Sumber Gambar: @amriMzain

Pengadil yang ditugaskan untuk mengawal perlawanan akhir Piala Malaysia 2018, Suresh Jayaraman ternyata tiada dalam senarai antara pengadil yang diiktirar oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Suresh menjadi tumpuan utama pada perlawanan semalam antara pasukan Terengganu FC menentang pasukan Perak dimana beberapa keputusan yang dibuat beliau dianggap tidak masuk akan terutamanya melayangkan kad merah kepada penyerang Perak, Gilmar Da Silva.

Ia berpunca daripada keengganan pemain Perak mengeluarkan bola selepas ada pemain Terengganu mengalami kecederaan sehingga menyebabkan terjadinya insiden tolak menolak antara pertahanan skuad Peteh, Igor Zonjic dan pemain sayap Bos Gaurus, Firdaus Saiyadi.

Insiden itu mencetuskan pergaduhan di antara pemain kedua-dua pasukan sebelum dileraikan pegawai perlawanan dan pada akhirnya Suresh memutuskan untuk Gilmar dibuang padang.

Selang 10 minit kemudian tiba giliran awang import Terengganu, Lee Tuck pula dilayangkan kad kuning kedua biarpun sebelum itu beberapa kali terlepas daripada hukuman angkara terjahan dan kekasaran di bahagian tengah padang.

Bukan itu saja, beberapa keputusan lain Suresh turut dipersoalkan termasuk membiarkan pemain kedua-dua pasukan melakukan terjahan keras tanpa mengenakan sebarang amaran atau melayangkan kad.

Suresh Jayaraman mula menjadi pengadil Liga Super pada tahun 2016, sebelum itu dia menjadi pembantu pengadil di Liga Perdana bermula tahun 2011.

Berdasarkan semakan yang kemudiannya dilakukan di laman web rasmi FIFA, pengadil itu tidak berada dalam senarai pengadil badan induk bola sepak dunia itu.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut menyuarakan kekecewaan baginda terhadap mutu Suresh pada perlawanan semalam dengan menyiftakan pengadil tersebut menunjukkan kualiti yang teruk.

“Pengadil perlawanan akhir Piala Malaysia hari ini sangat teruk.”

“Saya tak pernah melihat beliau (pengadil) dan terkejut kenapa dia dipilih untuk perlawanan akhir.”

“Inilah sebabnya MFL mahu membawa pengadil import untuk perlawanan penting. Namun Pengerusi Jawatankuasa Pengadil, Subkhidin Salleh tak setuju,” kata TMJ.

“Subkhiddin menyatakan ianya seakan-akan memperkecilkan (kualiti) pengadil tempatan.”

“Sebenarnya bukan begitu. Tetapi kerana kita perlukan bantuan. Anda boleh baca artikel MFL sebelum ini. Bahkan Liga Thailand pun menggunakan pengadil luar untuk perlawanan penting. Kita boleh mengambil inisiatif serupa.”

Baca Juga: Penantian 18 Tahun Berakhir!

Leave a Reply