Sumber Gambar: Pengguna Twitter

Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mempertahankan pilihan mereka apabila melantik Suresh Jayaraman selaku pengadil final Piala Malaysia antara Terengganu FC dan Perak di Stadium Shah Alam pada Sabtu lalu.

J.Suresh dikritik hebat kerana tindakan beliau dianggp “membunuh” perlawanan akhir tersebut dimana beberapa keputusan yang dibuat tidak masuk akal dan tidak seharusnya dilakukan.

Pada masa yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh menegaskan beliau bertanggungjawab sepenuhnya atas pemilihan Suresh untuk mengendalikan perlawanan itu.

“Pada pendapat saya, dia mempunyai kemampuan untuk mengendalikan cabaran dari kedua-dua pasukan. Kemampuan ini sudah ditunjukkan dalam beberapa perlawanan sebelumnya.

“Pilihan lebih kepada Suresh selepas saya mendapati dia memberikan komitmen yang tinggi dan mempunyai sikap untuk bersaing secara sihat untuk memajukan dirinya.

“Ini adalah sekian lama selepas beberapa tahun kita tidak mempunyai keterampilan seseorang pengadil berbangsa India di pentas final.

“Selain daripada pengalaman dua tahun di Liga Super, dia terlebih dahulu berada dalam Liga Perdana dan mereka adalah sebahagian dari pengadil Liga Malaysia (Liga M). Jadi beliau sudah ada pengalaman secukupnya untuk mengendalikan perlawanan akhir,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Antara keputusan kontroversi yang dibuat J.Suresh ialah membatalkan gol Leandro Dos Santos pada minit ke-32 selepas dikatakan mengasari penjaga gol lawan, Suffian Rahman selain membatalkan jaringan Gilmar da Silva pada babak kedua kerana menurut beliau Gilmar sudah berada dalam keadaan ofsaid.

Mutu pengadilan J.Suresh turut mendapat perhatian Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dimana baginda menyifatkan mutu pengadilan
pada perlawanan Sabtu lalu adalah sangat teruk.

“Pengadil final Piala Malaysia hari ini teruk. Saya tidak pernah melihat dia dan saya terkejut mengapa dia dipilih untuk final,” kata Tunku Ismail.

TMJ menambah beliau pernah mengutarakan cadangan untuk menggunakan pengadil luar bagi mengendalikan perlawanan penting namun cadangan tersebut ditolak oleh Subkhiddin.

Baca Juga: TMJ: Subkhiddin Tidak Setuju Penggunaan Pengadil Luar

Leave a Reply